Kisah Pelacur Tua & Lelaki Soleh | PERPPIS Bahagian Tawau PERPPIS Bahagian Tawau: Kisah Pelacur Tua & Lelaki Soleh
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Kisah Pelacur Tua & Lelaki Soleh

Di satu kampung terpencil, ada seorang lelaki soleh yang sangat disegani & dihormati. Bukan saja beliau taat mengerjakan perintah agama, beliau juga mempunyai rupa yg tampan.

Satu hari, sedang beliau berjalan menuju ke masjid... segumpal awan telah mengikori dan memberikannya perlindungan dari sinaran terik matahari.

Dalam perjalanan, seorang pelacur tua yang hodoh, tapi masih berpakaian seksi telah memandang beliau dari jauh... 

Dengan tergesa-gesa, pelacur tua itu menghampiri lelaki soleh itu.

Dengan nada yang amat marah, lelaki soleh tadi telah menengking dan mengusir pelacur tua itu.

"Buat apa kau disini wahai pelacur yg jijik? Kau tidak pantas mendekati dan bergaul dengan aku. Aku telah diteduhkan oleh awan kerana diriku bersih,  sedangkan dirimu penuh dengan dosa dan maksiat! Pergi kau!"

Belum sempat pelacur tua itu berkata sepatah pun, tiba-tiba awan yang berada diatas itu mengeluarkan petir yang amat kuat sekali, lalu mati lah keduanya dengan serta merta.

Penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian. Apabila mereka menghampiri kedua mayat, alangkah terkejutnya bila melihat pelacur tua itu tidak terbakar sedikit pon dan rupanya menjadi bersih, putih dan berseri bagaikan ahli syurga.

Sedangkan lelaki soleh itu pula menjadi hitam buruk dan rentong hangus terbakar!

Sebenarnya.........

*Tujuan pelacur tua tadi menghampiri lelaki soleh itu bukan untuk mengoda, menggatal atau menjual dirinya... sebaliknya, beliau merasa amat insaf melihat kejadian awan yg melindungi lelaki soleh itu... beliau amat kesal atas dosa-dosanya dan benar-benar berniat ingin bertaubat. Beliau ingin meminta nasihat dan petunjuk dari lelaki soleh itu cara-cara untuk bertaubat ke jalan Allah.

Kenapa boleh terjadi begini?... Inilah kuasa Allah Yang Maha Esa..

Memang kehidupan pelacur tua itu penuh dengan dosa dan maksiat, tapi kerna niat hatinya yang ikhlas mahu bertaubat, mungkin telah diterima olah Allah SWT walaupon beliau belum sempat melakukan nya..

Sedangkan lelaki soleh itu telah ditimpakan bencana hanya kerna sifatnya yang angkuh, riak dan SOMBONG!!
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Dicatat Oleh: PERPPIS Tawau

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri