Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

BICARA PENASIHAT AM : MADAH SAIDINA UMAR AL-KHATTAB



Bicara kali ini ingin menyentuh mutiara kata insan warga syurga iaitu Saidina Umar Al Khattab. Madah Saidina Umar memperkatakan tentang tabiat harian yang pasti kita akan lakukan. Jarang sekali kita terfikir perbuatan harian yang sering kita lakukankan itu, berupaya membawa satu natijah atau kesan yang amat besar dalam kehidupan kita. Perbuatan itu antaranya, bercakap,  ketawa, bergurau, melihat, dan menikmati makanan. Untuk itu, sewajarnya kita khususnya semua anak muda perlu meneliti dan merenungi kata-kata Syaidina Umar Al Khattab di bawah ini.

BICARA PENASIHAT AM: MADAH SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Kehidupan yang kita lalui memerlukan bimbingan dan pedoman. Pedoman dan contoh utama kita ialah Rasulullah saw serta sahabat nabi. Sahabat nabi merupakan insan yang telah terbukti kejayaan mereka sehinggakan Nabi mengisytiharkan  antara mereka menjadi penghuni syurga. Untuk itu, amat wajar kita meneliti dan mengkaji serta merenung perwatakan dan ucapan mereka yang telah Nabi sabdakan sebagai warga syurga. Antaranya ialah Saidina Abu Bakar. Sebagai bahan fikir dan renungan kali ini, kita lihat kata-kata Saidina Abu Bakar. Antaranya

Maka Bunuhlah... Kerana Itu Setan..



Sudah tentu kita merasa takut dengan kata kata, “maka bunuhlah. Kerana dia adalah setan” yang mana telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW menerusi sabda yang bermaksud:

Iblis Ingin Bertaubat



Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dengan berkata: "Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah s.w.t. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung." Kemudian Nabi Musa a.s. berkata: "Memang benar apa yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?"

Latihan BM STPM


Latihan BM STPM

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.

Pertama. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

Kelebihan Janggut Pada Seorang Lelaki

Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’.

Fadhilat & Khasiat Surah Al-Waqiah

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Catatan 023: Kisah Binatang Yang Bernama Huraisy



Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Perkara-Perkara Yang Makruh Dalam Solat



















Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.

Esei : INFLASI (STPM)

Inflasi atau kenaikan harga barang merupakan musuh pengguna dan boleh meninggalkan kesan buruk bukan sahaja kepada pengguna malah kepada negara.  Dengan menggunakan contoh yang sesuai, jelaskan kesan inflasi dan berikan  langkah – langkah yang boleh diambil untuk meminimumkan kesan tersebut.

Penerbit filem hina Rasulullah tunai haji

RIYADH - Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.
   
Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira
setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.

Petua Menghilangkan Bisul

Penyakit bisul yang telah membesar amat menyakitkan. Cubalah petua-petua tradisional di bawah.

KAPAS DAN CUKA.
Ambil sedikit cuka makan dan secebis kapas bersih. Celupkan kapas ke dalam cuka dan biarkan sehingga cuka tersebut meresap ke seluruh kapas tersebut. Sapukan di sekeliling bisul tersebut dan lakukan setiap malam.

Jamuan Sempena Hari Raya Korban 1434






Assalam..
Esok (Sabtu - 19/10/2013)semua AJK, Mantan dan ahli PERPPIS dijemput ke Masjid Nurul Huda bagi meraikan jamuan hari raya kurban 1434.
Menu jamuan: sup tulang Special.
Tentatif Program:
4 Ptg- Gotong Royong Acara Memasak Sup
6 Mlm- Solat Maghrib dan Kuliah Maghrib Khas
7.15 Mlm - Solat Isyak dan ceramah ringkas
8.30 Mlm - Jamuan Sup Tulang


::SEMUA DIJEMPUT HADIR:::

Doa-doa Taubat






TEKNIK MENULIS JAWI DENGAN CEPAT

      Beberapa teknik boleh diigunakan untuk menulis jawi, idea ini adalah daripada pemeriksa kertas Negeri Melaka. Kami taipkan semula agar semua boleh berkongsi manfaatnya. Artikel ini bersesuaian jika anda:
  1. Mengenal huruf jawi dari alif sampai ya. (boleh rujuk dengan kawan-kawan)
  2. Tidak pernah menulis jawi dengan betul.

Rahsia Besar Masjid Nabawi Yang Disembunyikan Selama Ini

Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid An-Nabawi.

Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.

Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-tempat suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam.

PERUTUSAN RINGKAS PENASIHAT AM PERPPIS SEMPENA HARI RAYA KORBAN 1434

Assalamualaikum.
Sempena Hari Raya Korban pada tahun ini, diharap semua aktivis PERPPIS dapat meraikannya dengan penuh kesyukuran dan kefahaman yang betul lagi tepat. Senario aura sambutan Hari Raya Korban memang dingin berbanding aura sambutan Hari Raya Puasa. Walaupun begitu diharap agar semua aktivis anak muda dalam PERPPIS dapat mengambil ibrah atau pengajaran daripada pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah bagi membuktikan kecintaan yang sejati terhadap Allah s.w.t..
Untuk itu contoh anak muda dalam keluarga Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail wajar diteladani dan menjadi koreksi diri. Antara teladannya:

  1. Mencintai dan menyayangi bapanya walaupun ia tidak tinggal bersama bapanya.
  2. Mendengar percakapan dan arahan bapanya serta tidak dibantahnya.
  3. Bersegera untuk melaksanakan perintah Allah setelah dimaklumi oleh bapanya.
  4. Mengasihi dan mencintai ibunya.
  5. Kecintaan terhadap Allah lebih diutamakan daripada kecintaan kepada ibu bapanya sendiri.


Akhir bicara marilah kita menjadi anak yang sentiasa memudahkan kerja ibu dan ayah kita. Dalam masa yang sama kita terus meningkatkan daya juang dan korban kita bagi menobatkan syiar Islam.
Sekian Wassalam.

Allahuakhbar.. Allahuakhbar... Allahuakhbar...

BAHAGIAN C( Esei Tidak Berformat ) (11/10/2013)

SOALAN: Walaupun kita sedang berusaha untuk menjadi negara maju, namun soal kebersihan di tempat awam masih lagi menjadi isu yang diperdebatkan oleh masyarakat di negara ini.  Kemukakan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya masalah ini  dan berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.

Pendahuluan
  • Walaupun prasarana yang disediakan di negara kita berkelas dunia, tetapi mentaliti sesetengah rakyat negara ini masih rendah/berkelas dunia ketiga.
  • Sebagai bukti – tahap kebersihan di tempat awam di negara kita masih rendah
  • Banyak punca yang menyebabkan berlakunya hal ini.  Oleh itu, usaha-usaha yang proaktif perlu diambil

BAHAGIAN C(10/10/2013)

SOALAN:          Akhir-akhir ini, pihak penerbit filem dan drama berlumba-lumba untuk menghasilkan filem dan drama yang berunsur mistik.  Huraikan  kesan buruk yang timbul daripada filem dan drama yang demikian dan berikan cadangan anda untuk menanganinya.

Pendahuluan
  • Drama berunsur mistik dan seram dilihat semakin membanjiri pawagam  dan menghiasi kaca televisyen
  • Walaupun pihak pengeluar sedar akan kesan negatif  drama dan filem yang bercorak demikian, namun  oleh sebab drama dan filem sedemikian menjanjikan keuntungan , mereka tetap dan terus menghasilkannya
  • Oleh itu, penyiaran drama dan filem bercorak demikian perlu dikawal dan langkah-langkah drastik perlu diambil dengan kadar yang segera

Makanan yang baik untuk kesihatan mata


Pemakanan adalah penting bagi menjaga kesihatan mata selain dari kita mengunjungi pakar mata secara teratur.Mengawasi makanan yang dimakan dan memilih makanan yang baik juga adalah satu cara menjaga kesihatan mata.

Berikut adalah antara sumber makanan yang dapat menyihatkan mata.

1. Bawang merah dan bawang putih

 Bawang merah dan Bawang putih kaya dengan sulfur yang diperlukan tubuh bagi menghasilkan glutathione. Glutathione adalah antioksidan yang baik untuk lensa mata. bawang merah dan Bawang putih juga bagus bagi memelihara kesehatan mata.

Catatan 022: Allah S.W.T. Menolak 1 Doa Dari 3 Doa Rasulullah S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :


Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!


Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Apakah Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah?


Tatkala ini jutaan manusia sedang berkumpul di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan rukun Islam ke-5, iaitu ibadah haji.  Beruntunglah manusia yang dapat mengerjakannya.  

Bagaimana pula yang tidak dapat menyertainya saat ini?  Terdapatkah ganjaran istimewa yang umum ALLAH sediakan buat sekalian hambaNYA pada saat yang istimewa ini? Silalah baca...

Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.
Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Maksud hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:
“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga.”
(HR al-Bukhari & Muslim)

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!!!

Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. 

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
baca lagi.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

::JIRAN::

neighboursTIGA JENIS JIRAN

Jiran tetangga adalah orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Di dalam Islam, Jiran terbahagi kepada tiga jenis iaitu jiran tiga hak, jiran dua hak dan jiran satu hak. Nabi s.a.w telah menyatakan dalam hadisnya bahawa Jiran tetangga itu ada tiga jenis:

I-Tetangga muslim yang ada hubungan keluarga baginya, maka dia mendapat hak sebagai tetangga, hak sebagai orang muslim dan sebagai keluarga (kerabat).
II-Tetangga muslim, baginya mendapat hak sebagai tetangga, dan hak sebagai seorang Islam.

III-Tetangga kafir, maka baginya mendapat hak sebagai
 tetangga.
Dalam sejarah dicatatkan bahawa Khalifah Umar al-khattab mempunyai seorang tetangga Yahudi yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Apabila beliau menyembelih kambing beliau sering memberikan sedikit daging kambing tersebut kepada jiran yahudi tersebut.

Emas Halal Bagi Perempuan, Haram Untuk Lelaki

emasZarah yang wujud dalam emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori-pori dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandungi atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).


Apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yang tidak dibuang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Tip berdoa dan minum air ZAM-ZAM

"Tertib dan Doa Minum Air Zamzam 

1. Berniat untuk kesembuhan / kebahagian
2. Berdiri
3. Menghadap ke Qiblat
4. Baca fatihah 1 kali
5. Baca selawat 1 kali seperti dalam solat
6. Minum 3 teguk @ 10ml – 50 ml x 3 kali

i) Tegukan 1 dan baca Alhamdulillah dan doa 1.
ii) Tegukan 2 dan baca Alhamdulillah dan doa 2.
iii) Tegukan 3 dan baca Alhamdulillah dan doa 3.

Mengimbau Sejarah Menara Qutub Minar India

Jika anda ingin melihat struktur monumen tertinggi di India, anda akan harus melawat Delhi, ibu negara India. Qutub Minar, sebuah bangunan yang mempunyai struktur indah yang juga sebagai menara batu tertinggi di India. Menara ini memiliki daya tarikan tersendiri dan amat popular di Delhi.

Sejarah Qutub Minar bermula sejak penghujung abad ke-12, dan menara ini dibina daripada batu pasir merah yang merupakan contoh nyata keindahan senibina dari bangsa India kuno.

Ketika mengagumi Qutub Minar, satu-satunya soalan yang biasanya terlintas dalam fikiran adalah: "Mengapa monumen ini dibina begitu tinggi? "Kebanyakan sejarawan percaya bahawa pembangunan Qutub Minar bermula oleh Qutub-ud-Din Aibak, yang berasal dari keturunan hamba abdi. Dikatakan bahawa Qutub Minar berfungsi sebagai tempat mu'azzin untuk melaungkan azan.

Ada juga beberapa rujukan yang mengatakan Qutub Minar dibina oleh Prithviraj Chauhan atau Vigraharaja. Namun, dapat dipastikan bahawa pembangunan telah siap semasa pemerintahan Qutub-ud-din dan Iltumish pada awal abad ke-13, berdasarkan kepada sejumlah tulisan yang terdapat di bangunan itu.

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *