Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

BAHAGIAN C(10/10/2013)

SOALAN:          Akhir-akhir ini, pihak penerbit filem dan drama berlumba-lumba untuk menghasilkan filem dan drama yang berunsur mistik.  Huraikan  kesan buruk yang timbul daripada filem dan drama yang demikian dan berikan cadangan anda untuk menanganinya.

Pendahuluan
  • Drama berunsur mistik dan seram dilihat semakin membanjiri pawagam  dan menghiasi kaca televisyen
  • Walaupun pihak pengeluar sedar akan kesan negatif  drama dan filem yang bercorak demikian, namun  oleh sebab drama dan filem sedemikian menjanjikan keuntungan , mereka tetap dan terus menghasilkannya
  • Oleh itu, penyiaran drama dan filem bercorak demikian perlu dikawal dan langkah-langkah drastik perlu diambil dengan kadar yang segera

Isi (Pilih mana-mana dua/tiga kesan negatif dan dua/tiga cadangan untuk mengatasinya)

Kesan negatif
IS1 –  Merosakkan akidah/akhlak orang Islam-takut dan percaya akan unsur-unsur tahyul dan mistik
IS2 – Menjejaskan perkembangan minda anak-anak – perlakuan dan pemikiran mereka lebih cenderung kepada            perkara –perkara tahyul
IS3 – Penonton  terpengaruh untuk melakukan  perkara songsang yang terkandung dalam jalan cerita
IS4 – Membazirkan masa – tidak memberikan pengajaran positif yang dapat dijadikan teladan dan pedoman
IS5 – Menjejaskan prestasi pelajaran dan pekerjaan

Cadangan
IS6 – Lembaga penapis filem atau drama hendaklah mengharamkan penyiaran drama / filem yang berunsur                  mistik
IS7 – Pihak penyiar/pengendali stesen televisyen swasta dan berbayar hendaklah menghentikan penyiaran                  drama/filem sedemikian.
IS8 - Majlis Fatwa Negeri/Kebangsaan  haruslah  mengeluarkan fatwa/ketetapan yang sama tentang kedudukan           drama/filem sedemikian dari segi agama
IS9 –   Masyarakat hendaklah bersatu hati untuk memboikot drama/filem yang sedemikian
IS10 – Kementerian yang berkenaan hendaklah mengenakan cukai yang tinggi kepada penerbit drama/filem yang           mengeluarkan drama/filem berbentuk demikian sebaliknya mengecualikan mereka daripada cukai                       sekiranya mereka menerbitkan drama/filem yang berunsur kenegaraan

Kesimpulan
Filem/drama mistik banyak mendatangkan keburukan malah tidak membantu perkembangan minda masyarakat.  Penyiarannya hendaklah diharamkan terus.

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *