Sempena Hari
Raya Korban pada tahun ini, diharap semua aktivis PERPPIS dapat meraikannya
dengan penuh kesyukuran dan kefahaman yang betul lagi tepat. Senario aura sambutan
Hari Raya Korban memang dingin berbanding aura sambutan Hari Raya Puasa.
Walaupun begitu diharap agar semua aktivis anak muda dalam PERPPIS dapat
mengambil ibrah atau pengajaran daripada pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s.
dalam menunaikan perintah Allah bagi membuktikan kecintaan yang sejati terhadap
Allah s.w.t..
Untuk itu
contoh anak muda dalam keluarga Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail wajar diteladani
dan menjadi koreksi diri. Antara teladannya:
- Mencintai dan menyayangi bapanya walaupun ia tidak tinggal bersama bapanya.
- Mendengar percakapan dan arahan bapanya serta tidak dibantahnya.
- Bersegera untuk melaksanakan perintah Allah setelah dimaklumi oleh bapanya.
- Mengasihi dan mencintai ibunya.
- Kecintaan terhadap Allah lebih diutamakan daripada kecintaan kepada ibu bapanya sendiri.
Akhir bicara
marilah kita menjadi anak yang sentiasa memudahkan kerja ibu dan ayah kita.
Dalam masa yang sama kita terus meningkatkan daya juang dan korban kita bagi
menobatkan syiar Islam.
Sekian
Wassalam.
Allahuakhbar..
Allahuakhbar... Allahuakhbar...
No comments:
Post a Comment