Surah Al-Waqiah adalah surah yang
ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat.
Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat
pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam
surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh
orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia,
tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari
berbangkit.
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa
khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.
Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah
sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran
selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah,
maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah
setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
2.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah
SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah
setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan
selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
3.
Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada
isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis
riwayat Ibnu Ady)
4.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah
setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.
Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada
anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa
membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak
40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa
kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Khasiat Surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa
fadhilat dan khasiat, antara lain:
1.
Mereka yang membacanya sebagai wirid,
Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2.
Bila orang membiasakan membaca surah
ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3.
Mereka yang membacanya sebanyak 14 X
setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan
rezeki yang berlimpah ruah.
4.
Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X
dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang
berkaitan dengan rezeki.
5.
Menjadi orang kaya yang sentiasa
bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X
selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan
ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki;
Insya’Allah berhasil:
§ Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada
hari Jumaat.
§ Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah
sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
§ Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib
bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125
kali.
§ Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000
kali.
§ Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan
sedekah.
§ Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada
waktu pagi dan petang.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu
bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat
35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga
kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri
mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang
tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan
umurnya.”
Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau
orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari
jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di
tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah
segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak
bersalin sebagai selusuh.
Petua dari Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut:
1.
Bila hendak mengamalkan surah Al-
Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat
berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan
sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging,
segala haiwan).
2.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat
fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai
setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan
Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.
Pada malam Jumaat terakhir ini
hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah
Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan
memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang
lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya
dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya.
Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan
rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah.
Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut:
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.