Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Kenapa Syaitan Jadikan Bilik Air Sebagai Rumah?



Ada yang mengatakan katanya “Jangan terlalu lama di kamar mandi, tidak baik!” Alasan tidak baik, kerana di kamar mandi itu tempat syaitan. Apalagi yang suka bernyanyi di kamar mandi. Wah, itu sangat berbahaya sekali. Lalu yang patut dipertanyakan sekarang, mengapa syaitan itu memilih tempatnya di kamar mandi?

Sebuah hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa iblis meminta tempat tinggal kepada Allah SWT seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal anak-anak Adam berada di bumi.


”Ya Allah, adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,” kata iblis.

Allah SWT berfirman: ”Tempat tinggalmu adalah air (bilik mandi atau jamban),” (HR. Bukhari).

Dari situlah kemudian iblis menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi, jamban atau tandas.

Godaan iblis bermacam cara. Contohnya menggoda manusia agar:

1. Berada lama di dalam bilik mandi;
2. Bernyanyi atau berkata-kata;
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa ipod mendengar musik);
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri;
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung dalam bilik mandi;
6. Melupakan seseorang untuk berdo’a ketika akan masuk atau keluar dari bilik mandi;
7. Melakukan perkara tidak sopan;
8. Melakukan wudhu sambil telanjang;
9. Menconteng dinding bilik mandi;
10. Merancang kejahatan.

Oleh keraa itu, berhati-hatilah sewaktu berada di dalam bilik air atau bilik mandi. Tips yang baik adalah dengan mandi, buang air dan lain-lain sewajarnya saja. Lebih cepat lebih baik. 

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *