Tawakal
Hidup tidak pernah sunyi daripada berdepan dengan masalah. Apa yang membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain ialah bentuk masalah itu dan bagaimana seseorang itu mendepani masalah tersebut.
Apa jua keadaan,kita perlu mencari jalan penyelesaian. Masalah tidak akan pernah selesai jika kita hanya berpeluk tubuh,berdiam diri. Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah,kita haruslah berserah kepada Allah,iaitu bertawakal kepada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. “..sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Sesiapa yang berserah diri (bertawakal) kepada Allah,maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatnya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-NYA. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu” (al-talaq: 2-3)
Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Tawakal berkait rapat dengan keimanan dan keyakinan kepada Allah S.W.T. hanya orang yang beriman dan yakin kepada Allah S.W.T. mengharapkan segala sesuatu daripadaNYA bukan kepada yang lain. Orang yang sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T. sentiasa dikasihi dan disayangi Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. : … “sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang yang bertawakal” (Ali-Imran:159).
Firman Allah S.W.T. lagi dalam surah (Al-Maidah:23) “…dan kepada Allah jua kamu bertawakal, sekiranya kamu beriman”
Iman al-Ghazali berkata tawakal itu satu manzilah( keberadaan) bagi orang ynag beriman bahkan tawakal adalah darjat muqarrabin (orang yang dekat ) dengan Allah.
Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yag mampu berbuat sesuatu melainkan atas kehendak Allah
Rukun tawakal itu ada tiga:
- Yakin kepada Allah
- Sikap menyerah diri kepada Allah S.W.T.
- Melakukan usaha untuk mencapa apa yang dihajati
4 ciri-ciri orang yang bertawakal kepada Allah S.W.T.
- Mujahadah
orang yang bertawakal selalu bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan suatu pekerjaan.
- Berdoa
Segala sesuatu di atas muka bumi ini adalah milik Allah S.W.T., Dialah yang berkuasa atas segala-galanya, berdoa adalah melambangkan betala kerdilnya diri kita di hadapannya
Allah S.W.T. berfirman: “..berdoalah kepadaKU,nescaya akan aku perkenankan bagimu,sesungguhya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKU akan masuk neraja Jahanam dalam keadaan yang hina”
- Bersyukur
Mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan
- Sabar
Allah S.W.T. berfirman : “ sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar:10)
orang yang bertawakal kepada Allah S.W.T. adalah orang yang tunduk dan merendah diri kepada kekuasaan Allah S.W.T. dan kehebatan Allah S.W.T. Allah akan mengangkat darjat orang yang sentiasa merendah diri sama ada sesame manusia lebih-lebih lagi kepada Allah S.W.T.
cegah virus takabbur..
Allah S.W.T berfirman: serulah (manusia) kepada jalan tuhanMU dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya TuhanMU, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNYA dan dialah yang mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. (An-Nahl:125)
Takabbur bermaksud membesarkan diri, meninggikan diri dan merasa megah dengan kebolehan diri sendiri. Sifat takabbur terbahagi kepada 2:
- takabbur batin: pekerti diri yang digerakkan oleh hati
- takabbur lahir: gerak geri badan yang ditimbulkan oleh anggota
gerak geri yang dihasilkan oleh anggota badan kita amatlah banyak sekali sehingga sukar untuk dihitung. Bahayanya pun besar dan risikonya amatlah menakutkan. Terkadang kita manusia yang selalu alpa, seringkali terlupa bahawa gerak geri hatta terdetik di hati sekalipun sudah dikira sebagai takabbur
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya memendam sebasar biji sawi sifat sombong”
(riwayat Muslim dan Abu Daud)
Imam Ghazali telah memberi panduan untuk mengelakkan sikap takabbur:
- apabila berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.
- Apabila berdepan dengan orang tua, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
- Apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
- Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mngetahuinya.
- Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupn kita.
- Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya
Orang (derhaka) sentiasa bergantung dengan dirinya, bergantung kepada usahanya, menyandarkan segalanya kepada sebab, lupakan Allah, apabila berjaya. Mereka berasa bangga dan cukup hebat dengan pencapaian, apabila gagal mereka berasa kecewa dan putus asa, hidup penuh dengan kegelapan dan tiada ketenangan dalam diri.
Oleh itu sahabat2,marilah kita bersama-sama sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T. dalam setiap tingkah laku. Ingatlah, setiap takdir Allah itu ada hikmah disebaliknya,redha dan berdoa agar dipermudahkan,insyaAllah ada kemanisan disebalik kejadian itu.
Asal: Thaqofahdaie
No comments:
Post a Comment