Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Teknik Membaca Sahih Bukhari

Bismillah, Walhamdulillah…
Semua orang Islam kenal Sahih Bukhari. Kalau tidak tahu secara terperinci pun, sekurang-kurangnya semua tahu ia sebuah rujukan utama umat Islam. Malah, ramai percaya Sahih Bukhari adalah kitab paling sahih selepas Al-Quran. Tapi, berapa ramaikah yang sudah membacanya dari halaman pertama hingga akhir? Boleh dikatakan, amat sedikit mereka yang khatam sampai akhir. Ramai yang tak pernah baca pun kitab ini.
Untuk membaca Sahih Bukhari, terlebih dahulu mesti belajar kaedah dan tekniknya. Tanpa teknik yang betul, pembaca akan cepat merasa jemu. Akhirnya, pembacaan kitab ini terbantut sebelum sampai mukasurat ke-10. Coretan penulis kali ini ialah tentang satu teknik membaca Sahih Bukhari yang diajar oleh sesetengah guru-guru hadis. Caranya tidak rumit, tetapi keberkesanaannya terjamin.
Syarat pertama menggunakan teknik ini, anda perlu memiliki sebuah Kitab Sahih Bukhari yang dinomborkan hadis-hadisnya. Jika anda mahu membaca Sahih Bukhari naskhah lama milik datuk anda yang tidak bernombor, anda tidak mungkin boleh menggunakan teknik ini.
Syarat kedua, cetakan itu mesti mempunyai ihalah (penunjuk) setiap hadis yang berulang-ulang. Sebab dimaklumi, kebanyakan hadis Bukhari berulang berkali-kali di tajuk-tajuk berlainan. Jadi, di akhir setiap hadis, ditandakan nombor-nombor hadis yang berulang itu.
Contohnya, hadis no-1 dalam Sahih Bukhari iaitu: “Setiap amalan hendaklah dengan niat”. Di akhir hadis ini, ada ditanda begini: Lihat: 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6903. Kalau cetakan anda tidak ada kelebihan ini, teknik ini tidak dapat digunakan juga.
Kita mulakan step pertama. Mulakan membaca hadis no-1 dengan teliti. Iaitu hadis “Sesungguhnya setiap amalan dengan niat”. Selesai membacanya, anda hendaklah merujuk hadis ini di semua bab yang ada hadis ini. Untuk hadis no-1, Imam Bukhari mengulanginya sebanyak enam tempat lagi iaitu di nombor berikut: 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6903. Jadi anda mesti baca lagi hadis yang sama ini di semua tempat itu.
Apa yang anda mesti lakukan ketika merujuk hadis yang berulang-ulang ini? Hanya tiga perkara:
  1. Tandakan hadis-hadis yang anda baca itu dengan pensel. Tujuannya supaya bila anda melalui hadis itu kelak, anda tak perlu membacanya lagi kerana sudah dibaca. Lebih menjimatkan masa.
  2. Baca setiap tajuk (bab) yang diletakkan hadis tersebut di bawahnya. Jadi, hadis no-1 ini sahaja Imam Bukhari letak di bawah 7 tajuk yang berlainan. Setkan di fikiran anda, setiap tajuk itu adalah istinbat atau kefahaman sesuatu hadis.
  3. Bandingkan riwayat lafaz hadis ini antara tujuh tempat tersebut. Anda akan dapati banyak perbezaan. Jika ada perbezaan yang sangat ketara, anda boleh catat di buku tulis anda.
Untuk faedah yang lebih maksima, saya cadangkan menggunakan satu buku tulis sebagai catatan. Apa yang perlu dicatat? Juga tiga perkara utama:
  1. No hadis. Contohnya: Hadis no-1. Sesiapa yang rajin, boleh menulis hadisnya sekali.
  2. Perbezaan riwayat. Hanya catat perbezaan yang ketara sahaja.
  3. Feqah Hadis. Hanya salin tajuk-tajuk (bab) yang dibuat oleh Bukhari.
Selepas dicatat, perhatikan apa yang anda tulis. Baca dan fahamkan sebaik-baiknya sebelum berpindah ke hadis no-2, dan seterusnya. Inilah sahaja yang perlu dilakukan dalam teknik ini. Mungkin ada yang kata: “Biasa sahaja…”. Benar, ia satu teknik yang simple, tetapi dengan teknik ini kita dapat memanfaatkan pembacaan Sahih Bukhari dengan lebih sempurna.
Pertama, kita akan belajar membandingkan lafaz-lafaz yang berbeza bagi satu hadis. Bagi mereka yang takhassus ilmu hadis, akan mengetahui peri pentingnya perbandingan antara riwayat-riwayat yang berbeza.
Kedua, kita dapat mengambil istinbat atau kefahaman feqah sesuatu hadis melalui tajuk-tajuk yang dibuat oleh Imam Bukhari. Kerana masyhur di kalangan ulama bahawa kefaqehan Imam Bukhari terserlah pada nama-nama bab dalam Kitab Sahihnya.
Ketiga, jika ada perkataan yang sukar difahami dalam suatu hadis, mungkin pada tempat lain perkataan itu diungkapkan dengan lafaz lain yang lebih jelas. Ini membantu anda dalam menafsirkan hadis dengan riwayat-riwayat yang berlainan.
Keempat, khas bagi penuntut yang mengambil cakna tentang perawi-perawi, jika terdapat nama seorang perawi yang tidak jelas siapakah yang dimaksudkan, kadang-kadang melalui teknik ini dapat diketahui siapakah dia. Contohnya, dalam satu sanad hadis disebut perawi sahabat yang bernama Abdullah. Siapakah Abdullah itu? Mungkin Ibn Mas’ud, atau Ibn Abbas, atau Ibn Umar. Melalui teknik pembacaan ini, dapat membantu mengenalpasti siapakah yang dimaksudkan.
Kelima, khas bagi sesiapa yang bercadang mahu menghafal Sahih Bukhari, melalui teknik ini anda dapat merujuk semua riwayat untuk satu hadis. Anda boleh pilih riwayat manakah yang paling baik atau sesuai untuk dihafal. Catat riwayat pilihan anda itu di dalam buku khas anda. Anda boleh memilih riwayat yang paling pendek dan padat.
Demikianlah cara-cara dan kelebihan menggunakan teknik ini dalam pembacaan Sahih Bukhari. Sekian.

Asal : AbuUmair

1 comment:

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *