PERPPIS Bahagian Tawau: October 2009
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Remaja

Remaja,
Jangan kau alpa dengan tipuan dunia,
Jangan kau lemah akan ujian,
Jangan kau bangga dengan pujian.

Remaja,
Bisakah dikau menjadi seteguh iman Fatimah Az-Zahra,
Asas agama jadi panduan,
Iman dan takwa jadi bekalan.

Remaja,
Syaitan bersumpah sesatkan umatnya,
Jangan dikau terpedaya akan pujukannya,
Sibuk nak jadi pelajar cemerlang,
Tetapi lupa akan tanggungjawab sembahyang.

Remaja,
Hiasi dirimu dengan akhlak mulia,
Jadikan Rasulullah sebagai idola,
Jika nak jadi insan berjaya.

Remaja,
Budaya Barat jadi ikutan,
Budaya Islam kini semakin ditinggalkan,
Konon katanya ketinggalan zaman.

Remaja,
Bangunlah dari mimpi yang panjang,

Sedarkah kita

AJK PERPPIS Bahagian Tawau

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Ayuh Syabab (pemuda)

Wahai semangat syabab,
Semangatilah gelora juangmu,
Yang mengalir dari sukma,
Bergegas ke ruang cahaya,
Menuju pandangan yang kuasa,
Mencari redha yang esa.

Wahai semangat syabab,
Engkau adalah gelombang air,
Yang menghempas batuan,
Dengan percikan kesatuan,
Namun terpisah jua...
Kerana keserakahan manusia.

Wahai semangat syabab,
Engkau adalah embun,
Yang beriadah di atas dedaun,
Tapi terlerai jua....
Kerana dengki terik mentari.

Wahai semangat syabab,
Mari taburkan Iman dan Takwa,
Dalam taman pengabdian,
Dihiasi wangian,
Yang semerbak mekar haruman.

Wahai semangat syabab,
Mintalah pendebungaan kepada Sang Khaliq,
Supaya kemekaran itu...
Mekar dengan tadabur Al-Quran,
Mekar dengan cahaya Sunnah,
Mekar dengan kemanisan Zikrullah,
Mekar dengan putik Cinta,
Kepada Allah, Rasul dan Jalan-Nya.

Wahai semangat syabab,
Sahutlah kemekaran itu,
Hingga bunga-bunga Mahabbah,
Putik-putik Jihad Fisabilillah,
Tangakai-tangkai Ukhuwah,
Getah-getah darah Syuhada,
Menghiasi taman-taman Syurga.

Oleh : Iqram Al-Mujahid
Pada : 26. 10. 2009
Masa : 08.00 malam
Tempat : Kg. Muhibbah

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Sahabat

Sahabat,
Inginku kongsikan kenangan kita,
Mengimbau kembali sudut fikrah bersama,
Kronologi kita bersama membina satu sinetron,
Saat kita senyum tertawa bersama,
Ukhuwah terasa erat menambat hati.

Detik masa yang semakin suntuk,
Tidak terfikir untuk aku memberitahu,
Bahawa kita pasti membawa diri masing-masing,
Melihat kita dalam satu alam dan dunia,
Yang begitu arusnya dapat menghanyutkan kita,
Walaupun sejauh mana tingginya tarbiah.

Sahabatku,
Engkau ibarat sebutir permata,
Tetapi kau berselindung dipecahan kaca,
Merah darah membasahi setiap sudut tanganku,
Dalam usaha untuk mendapatkanmu,
Inginku menjadi seperti kaca,
Dapat melindungi engkau sepenuhnya,
Walaupun ketika itu aku tidak punya makna.

Titik demi titik memori kenangan,
Mencoret sketsa dalam persahabatan,
Melihat engkau gembira,
Aku berasa senang,
Melihat engkau resah,
Aku gelisah,
Tersentuhnya hatiku melihat engkau,
Kerana bingkai ukhuwahfillah kita bersama,
bertunjangkan Iman dan Takwa,
Disusuli petunjuk serta rahmat dari Allah.

Oleh : Iqram Al-Mujahid
Pada : 23. 06. 09
Masa : 06.05 petang
Tempat : Kg. Muhibbah

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Hidayah milik Allah...

.: Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.. :.


.: Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.. :.

.: Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.. :.


.: Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.. :.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Kursus Amal Islami (KAMI) Kali ke-16 yang bakal tiba

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

cerita dari wad 6S

In the name of Allah, the most gracious & the Most Merciful.

Hari ini, jam tangan putih saya tepat menunjukkan pukul 2.20 pm tiba di wad 6S paediatric ( kanak-kanak ).Seperti biasa, kunjungan kali ini adalah untuk sesi Clinical teaching bersama Dr. Rahim Wong ( cardiologist ).Shakir & Rahman ( group PBL members ) memilih pesakit kanak –kanak 10 tahun untuk tujuan case study mereka.
Adik lelaki ini baru berusia 10 tahun, namun Allah mengujinya dengan sejenis penyakit yang dipanggil “Rheumatic heart Disease” .


Sesi kali ini berjalan dengan lancar, kerana tidak banyak halangan yang kami terima dari adik kecil ini.Tidak seperti komen beberapa orang teman sekuliah yang katanya susah nak handle case study pesakit paediatric , sebab kanak –kanak ini banyak ragam & asyik merajuk , menangis tak tentu pasal.Kata mereka.

Alhamdulillah, terima kasih buat adik ini atas kerjasama yang baik sepanjang study kami Selama 1 jam 30 minit.Sepanjang bersama kami, adik ini pada mulanya kelihatan agak malu2 kucing, mungkin sebab WCS ( white coat syndrome ).Namun selepas itu, dia nampknya agak biasa dengan kami meskipun dia mungkin tidak mengerti apa abang2 & akak2 bakal dokter ini sedang buat ke atas tubuh kecilnya itu , check sana , check sini, dengar sana, dengar sini , ketuk , picit & angkat sana sini……macam2.

Bagi kami, cukup si adik ini sudi memberi kerjasama maka kami akan cuba untuk melakukan PE ( physical examination ) sebaik , selembut , seperlahan yang mungkin untuk menyelesakan si adik kecil ini.


Meronda2 beberapa langkah ke hadapan, melihat kiri kanan, apa yang ada di sana.Petang ini, ramai bayi 2 comel & adik2 manis yang sedang enak dibuai mimpi.Ya , tidurlah adik2ku, sekurang2nya tidurmu itu mampu mengurangkan keperitan & kesakitan yang kalian tanggung semenjak keluar dari rahim ibumu.Allah lebih menyayangi kalian, sebab itu kalian lahir lebih “istimewa’ berbanding anak2 normal lain. Allah juga ingin mengangkat darjat ibumu, sebab itu ibumu diuji dengan kelahiranmu yang tidak pernah dia sangka-sangkakan. Allah mahukan disebalik tangisan ibumu di saat memandangmu, tercatat berganda2 pahala di atas kepasrahan & kesabaran ibumu menerima takdir Tuhanmu yang Maha Pengasih.

Pesan kepada ibumu, bersabarlah ibu, aku adalah hadiah dari Tuhanku buatmu, meskipun aku tidak seperti yang lain, aku juga punya perasaan, perlu perhatian, perlindungan & kasih sayang dari insan2 yang bergelar IBU & AYAH.

Teringat cerita seorang senior.Lebih kurang 3 hari lepas, wad pediatrik menerima kedatangan seorang bayi spastic.Comel sungguh rupanya.Namun apa yang menyedihkan, di saat bayi ini lahir ke dunia dari rahim ibunya, tiada siapa siapa yang peduli akannya.Ibunya yang baru berusia belasan tahun terus meninggallkan diri dari wad selepas semalam melahirkan bayi yang ‘istimewa ‘ ini.

Kemana ibumu adikku sayang ?
Sanggupnya dia meninggalkanmu seorang2 di sini.

Alhamdulillah, mujur ada sepasang suami isteri yang sudi mengambil bayi ‘istimewa ini’ untuk dijadikan anak angkat.Semoga bertambah2 kebaikan & kebahagiaan buat kalian sekeluarga.

Kembali ke cerita si ibu kandung.

Ke mana agaknya si ibu muda ini pergi setelah melahirkan anak ini tanpa ayah di sisinya?
Sungguh sedih mengenangkan cerita ini. Sedih kerana melihat kesannya perbuatan yang tidak diredhai Allah jatuh ke atas si ibu & si anak.Ke mana kah si Ayah?.Manakah perginya tanggungjawab yang dijanji2kan dahulu kepada si ibu?Sanggupnya dia memandang sebelah mata si ibu yang sedang sarat mengandung & sakit melahirkan?bagaimana dengan si bayi istimewa itu? Bukankah dia juga mempunyai hak untuk hidup di bumi Allah ?

Siapa yang bersalah?

Siapa yang patut dipersalahkan?

Ibu........hatimu terlalu mudah mempercayai ...

Ayah..........egomu terlalu tinggi.....

Berkata si anak, siapakah ibu....ayahku....?

Begitu banyak kes buang bayi , anak lahir luar nikah & seumpamanya berlaku ke atas anak remaja sekarang.Senang2 ada anak, dibuang pula.Ibu angkat saya,bersusah payah sejak 20 tahun lamanya semata2 untuk mendapatkan seorang zuriat sendiri , namun hajatnya tidak kesampaian atas sebab kesihatan.Anak remaja kini, baru semalam melahirkan, esoknya dibuang pula si bayi yang tidak berdosa.Ini yang dikatakan orang, yang tiada dicari2, yang ada dibuang2 saja!

InsyaAllah, pada sabtu ini ,31 Oktober ini , akan berkunjung ke Pusat Pemulihan Raudatus Sakinah kelantan untuk tujuan Kerja Sosial.Saya akan berusaha untuk tidak terkejut melihat kejadian sama berlaku ke atas remaja2 perempuan di sana nanti.

Mudah-mudahan ada pengalaman yang bermanfaat yang bisa dikutip melalui kunjungan sehari nanti.Buat remaja2 di sana, bersabarlah atas apa yang brlaku ke atas dirimu dahulu.Memang sejarah hitam sukar untuk dilupakan.Siapa sangka, mimpi2 manis dahulu kini bertukar menjadi realiti yang sangat hitam & buruk .Bertaubatlah, Allah masih menyayangi kalian.Masih ada ruang kesempatan untuk berhijrah ke dunia yang lebih baik.Kuatkan dirimu, si anak perlukan perhatian & kasih tunggal seorang ibu.Anakmu adalah amanah dari Allah.Besarkan dia sebaiknya.

Percayalah, hujan akan terhenti jua & matahari kan memancarkan sinarnya kembali.Bak pepatah orang2 Jawa, habis gelap, terbitlah terang.Habis nangis, tersenyumlah.

wallahua'lam

Daripada: Mantan PERPPIS
Selasa, October 27, 2009
http://herfiana.blogspot.com/

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

ISTIMEWANYA PERPPIS

ISTIMEWANYA PERPPIS

Bicara hari ini, saya ingin menjelaskan berhubung dengan satu persoalan yang pernah diajukan kepada saya tentang apakah istimewanya menjadi ahli PERPPIS atau apakah kelebihannya menjadi penggerak PERPPIS?

Sebelum saya menjelaskan perkara ini, saya rasa golongan pelajar atau para remaja yang ada hati untuk menjadi anggota keluarga PERPPIS amatlah dialu-alukan, asalkan sudah berumur 13 tahun ke atas dan tidak melebihi 21 tahun. Tiada syarat lain yang bersifat birokrasi serta yang menyulitkan. Paling penting,anda mempunyai minat untuk belajar membina diri dan sedia untuk berubah.

Perkara pertama yang perlu difahami, tentang istimewanya PERPPIS tidak bersifat fizikal semata-mata atau adanya tawaran-tawaran yang bersifat lahiriah semata-mata seperti mendapat kemudahan itu dan ini. Jangan juga terlalu menginginkan adanya peruntukan kewangan yang banyak untuk menjayakan sesuatu program. Jangan juga dibayangi PERPPIS ini satu badan atau persatuan yang cukup sempurna dari segi fizikalnya.

Pada saya, istimewanya PERPPIS akan dapat anda rasai apabila anda berada dalam keluarga PERPPIS bukannya anda berada di luar gelanggang PERPPIS. Keistimewaannya akan dapat anda rasainya jika anda menjadi ahli dan AJK yang menjiwai setiap kerja dan tugasan yang telah diamanahkan atau yang telah diputuskan untuk dilaksanakan. Analoginya mudah, keistimewaan sesebuah taman yang cantik lagi indah akan dapat anda rasai jika anda dapat memasuki taman berkenaan. Anda boleh merasai kedamaian dan ketenangannya ketika berada dalam taman berkenaan. Sebaliknya, anda tidak akan merasai kepuasannya dan istimewanya jika anda hanya melihat gambar atau mendengar cerita daripada orang lain tentang taman berkenaan.

Istimewanya PERPPIS tidak mengajar ahli dan para AJK untuk mendapat dan menjayakan sesuatu dengan mudah dan senang. Semuanya memerlukan ikhtiar,daya usaha,kerjasama (team work), kesungguhan, keberanian, keyakinan serta kemahuan untuk berbuat sesuatu yang makruf. Apabila unsur-unsur berkenaan disepadukan dengan rasa keikhlasan dan tanggungjawab, sudah semestinya akan memberikan natijah yang positif terhadap semua gerak kerja persatuan dan juga kepuasan serta kegembiraan pada hati masing-masing yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Bermula daripada budaya ini, PERPPIS mendidik sahsiah ,serta keterampilan kepimpinan melalui gerak kerja yang dilakukan oleh ahli dan AJK PERPPIS sendiri. Mereka merancang dan merangka kerja, maka merekalah yang akan merasai hasil atau natijahnya.

Perlu diingat, tidak semua pimpinan PERPPIS merasai keistimewaan ini, jika sekiranya ia tidak berperanan, hanya berada di luar pentas, bersikap tunggu dan lihat, dan ibarat seperti “paku dengan penukul” sudah semestinya ia tidak dapat merasai keistimewaan dan kepuasan bekerja dalam PERPPIS. Tidak mustahil akan menyatakan PERPPIS dengan pelbagai label atau ungkapan-ungkapan yang buruk dan negatif. Untuk kepastian , anda bebas untuk mendapat maklumat yang lebih telus daripada mantan PERPPIS sendiri. Hubungi mereka yang anda kenali. Dapatkan maklumat dan pengalaman daripada mereka. Mudah-mudahan ia dapat menyuntik semangat anda untuk berpersatuan bagi membina kualiti diri masing-masing. (Seruan kepada para mantan PERPPIS, anda amat dialukan untuk menghantar apa jua tulisan dan catatan pengalaman sepanjang berada dalam kepimpinan PERPPIS. Dokumentasikan pengalaman anda untuk kepentingan bersama khususnya generasi pelapis PERPPIS.)

Secara, mudah dapat disimpulkan keistimewaan apabila menjadi petugas PERPPIS adalah seperti berikut.

  • Dapat membina sahsiah diri bakat kepimpinan yang islamik.
  • Dapat belajar untuk merancang dan mengatur sendiri aktiviti yang ingin dijalankan.
  • Dapat membina kemahiran sosial, melalui interaksi yang berlaku.
  • Dapat mempraktikkan konsep amal jamai.
  • Dapat memenuhi tanggungjawab sebagai remaja Islam untuk mencetuskan program makruf…
  • Dapat membina pengalaman… dan meningkatkan pemahaman serta fikrah Islam yang sebenar.
  • Melazimkan diri untuk berukhuwah dan berkasih sayang sesama ahli.

Kesimpulannya, keistimewaan PERPPIS sebenaranya tidak dapat dirasai oleh semua orang. Kadarnya juga berbeza-beza dan tidak sama antara seseorang mahupun dalam sesi kepimpinan yang berlainan. Semuannya itu, bergantung pula dengan niat serta keikhlasan para petugas PERPPIS. Moga-moga Allah s.w.t sentiasa merahmati dan memberi petunjuk-Nya kepada semua petugas PERPPIS.

Sekian, wassalam
29.Oktober,2009/10 Zulkaedah 1430
Khamis (2.00 petang)

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Kita pada masa kini

Remaja....
Itulah topik yang ingin kita fokuskan pada kali ini..Dengar sahaja perkataan remaja mungkin pelbagai jenis andaian yang mungkin timbul di benak pemikiran kita semua. Statistik mendapati bahawa golongan remajalah merupakan golongan yang mempunyai populariti paling ramai daripada golongan-golongan lain. Setiap orang pasti akan melalui alam remaja. Di usia alam remaja inilah pelbagai jenis mehna dan juga tribulasi yang terpaksa ditempuh kerana remaja seolah-olah berasa ingin bebas daripada kongkongan kedua ibu bapa serta mengalami proses perubahan diri dan sikap. Terkadang rasa pelik juga jika kita memerhatikan gelagat golongan remaja pada masa kini.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

MENGKRITIK DAN DIKRITIK.


Salah satu elemen yang berlaku dalan organisasi, antaranya memberi atau membuat kritikan serta menerima kritikan. Perkara ini perlu diamalkan oleh semua petugas PERPPIS kerana unsure berkenaan menjurus kea rah merjayakan konviksi PERPPIS iaitu melahirkan golongan murabitun yang cemerlang. Di samping itu juga elemen teknik mengkritik serta menerima kritikan perlu diketahui dan dipraktikkan oleh petugas PERPPIS bagi menjayakan misi PERPPIS yang ketiga iaitu melatih secara amali dalam bidang pengurusan.

Berikut dicatatkan tip-tip yang perlu dijadikan panduan semua pimpinan PERPPIS dan ahli PERPPIS apabila ingin mengkritik dan menerima kritikan. Mudah-mudahan semua petugas PERPPIS dapat mengamalkannya demi menyerlahkan lagi sahsiah diri sekali gus meningkatkan kualiti kepimpinan anda.

TEKNIK MENGKRITIK.

1. Niat mengkritik mesti bulat kerana ALLAH. Jangan lupa untuk membaca ‘bismillah’ sebelum memulakan kritikan.

2. Niat untuk menolong sahabat atau membetulkan kesilapan sahabat atau membetulkan sesuatu keadaan dan situasi yang tidak baik. Hindari sama sekali sikap untuk melemahkannya atau memalukannya atau untuk menyalahkannya semata-mata.

3. Minta kebenaran dan kemaafan terlebih dahulu sebelum membuat teguran dan kritikan terhadapnya.

4. Gunakan bahasa yang baik, sopan dan lembut. Hindari menggunakan bahasa yang kasar lagi kesat. Ingat bahasa itu melambangkan karektor anda serta keperibadiaan anda.

5. Intonasi suara anda ketika mengkritik adalah dengan nada lembut, kasih sayang serta tidak bernada tinggi atau terlalu beremosi.

6. Situasi emosi dan diri penerima kritik haruslah diberi perhatian. Sewajarnya sahabat tersebut sedang tenang atau emosi yang stabil dan dalam keadaan mesra. Bukannya sedang marah atau sedih.

TEKNIK @ CARA MENERIMA KRITIKAN

1. Diam :

  • Niat dengar kritikan daripada sahabat kerana Allah
  • dengar kritikan dengan teliti, jangan cepat untuk mencelah


2. Jangan marah :

  • Kawal emosi
  • Fikirkan kritikan tersebut secara rasional

3. Minta pandangan & nasihat :

  • Pandangan daripada pengkritik untuk atasi masalah atau
  • kelemahan-kelemahan yang berlaku


4. Minta maaf :

  • Atas kesilapan atau kesalahan yang berlaku. Maruah diri tidak tergugat dengan meminta maaf.


5. Ucap terima kasih :

  • Atas kritikan atau nasihat dan teguran tersebut.


6. Minta doa daripadanya :

  • Agar kelemahan-kelemahan dapat diatasi untuk mendapat keredaan Allah s.w.t. agar keadaan menjadi baik.

KESIMPULAN.

Mudah-mudahan catatan ini dapat dijadikan panduan untuk memantapkan jiwa dan kualiti diri ,jamaah dan dapat memantapkan ukhwah sesama mukmin dalam PERPPIS dan sekali gus akan membuahkan kasih sayang dan keredaan Allah s.w.t

Sekian wassalam.

29. 10. 2009 (10.00 malam)



Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri