Jangan Berputus Asa Dengan Berdoa | PERPPIS Bahagian Tawau PERPPIS Bahagian Tawau: Jangan Berputus Asa Dengan Berdoa
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Jangan Berputus Asa Dengan Berdoa

Alangkah ramai manusia bermohon kepada Allah supaya dimakbulkan segala yang diinginkan ,namun tidak juga dimakbulkan.Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Allah,lantas putus asa mencari keredaaNya.Itulah hakikat manusia saban hari.Firman Allah s.w.t "berdoalah kepadaKu,dan berimanlah agar kamu memperolehi kebenaran"(surah Al-Baqarah:186)

Kita tidak berdoa pun Allah sudah mengetahui isi hati manusia. "dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan(surah An-Nahl:19)


Jadi mengapa masih perlu berdoa?

Berdoa sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah sebagai hamba yang hina lagi dhaif ,tidak ada tempat bergantung selain darpadaNya.. "cukuplah dia sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal"(At-Taubah:129)


Tapi kenapa masih tidak termakbul lagi doa?

Pandanglah diri sendiri,adakah kita lebih mencintai Allah dari kesenangan dunia?cepat atau lambat adalah urusan Allah,kerana dia yang mengetahui yang mana baik atau tidak untuk hambaNya.

"dan apabia manusia ditimpa musibah,dia berdoa kepada kami dalam keadaan berbaring,duduk atau berdiri,tetapi setelah kami menghilangkan bahaya itu daripadanya,dia kembali melalui jalannya yang sesat,seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk menghilangkan bahaya yang menimpanya.Begitulah orang-orang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan"(surah yunus:12)


Sekiranya kita tidak dapat perkara yang dihajati,bersyukurlah dengan apa yang ada.Semakin kita dekat dengan Allah semakin hebat ujian dariNya.Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada hambaNYA,agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredaanNYA dan tidak menjadi orang yang lalai dan diabaikan.


Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasai kemanisan iman,seolah-olah syurga tersedia didepan mata,tapi ingatlah firman Allah dalam surah Al-Baqarah :214) yang bermaksud:

"Ataukah kamu mengira kamu bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu ujian seperti yang dialami oleh orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan,dan digoncang dengan berbagai cubaan sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata"bilakah datangnya pertolongan Allah".ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."


Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat,benarla doa itu senjata orang mukmin.Yakinlah dengan sepenuh hati,dunia bukannya syurga yang dicari,nikmat didunia hanya setitis air dilautan sahaja.


by:Mujahidah Wardatul Syauka..
Like the Post? Share with your Friends:-

Team SB
Dicatat Oleh: PERPPIS Tawau

0 ulasan:

POST A COMMENT

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri