Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Ujian Buat Pejuang

Sebagai seorang yang duduk didalam perjuangan tidak lari dari diuji Allah s.w.t..kadang-kadang terasa lemah tatkala ujian yang terasa berat menghimpit hidup yang lemah.Sering juga kita mengeluh dan jarang sekali untuk bersabar,terdetik didalam hati mengapa aku diuji begini?mana kasih sayang Allah?orang lain dapat apa yang mereka inginkan malahan aku tidak dapat dan banyak lagi keluhan dan rungutan sering menyelinap didalam hati dan pemikiran.Cuba kita renung ayat Al-Quran ini.Allah s.w.t berfirman;

“Dan kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya”(Al-Mukminun:62)

Sedarlah bahawa setiap ujian didalam berjuang itu adalah menunjukkan kasih Allah kepada kita.Buktinya apabila kita buat dosa,Allah segera menguji kita untuk menyedarkan kita dan kembali padanya.Bersykurlah Allah tidak terus membiarkan kita berterusan didalam kelalaian tetapi sentiasa diberi teguran.Oleh itu tidak seharusnya rasa terbeban dalam bergerak kerja dan rasa sukar..Brapa banyak yang Allah biarkan tanpa diuji?maka beruntunglah kerana Allah sentiasa menjaga kita dari kejahatan-kejahatan yang mendatang.Allah yang pilih kita dalam perjuangan ini maka hargailah,dalam A-Quran ada menyatakan:

“Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama”(Al-Hajj:78)

Dalam Al-Quran jiga menegaskan kepada kita supaya berjuang dijalannya seperti yang terdapat pada ayat berikut:

“Wahai orang-orang beriman!bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan mendekatiNya dan berjihadlah(berjuanglah)dijalannya agar kamu beruntung”(Al-Maidah:35)

Tetapi berapa ramai orang tahan dalam ujian tersebut?disebabkan tidak yakin dengan janji Allah dan ganjaran diberikan kepada pejuang-pejuang agamanya maka lahirla golongan yang futur didalam perjuangan yakni orang-orang yang tercicir untuk meneruskan perjuangan.Baru sedikit di uji sudah terasa berat sangat ujian tersebut.Mereka lebih suka berada di zon selesa berbanding duduk dalam perjuangan.Terpedaya dengan kehidupan dunia..dalam Al-Quran juga menyatakan

“Dan kehidupan dunia itu adalah permainan dan senda gurau sedangkan negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman”

Mudah-mudahan kita tidak ditapis oleh Allah dalam perjuangan ini…teruskan perjuangan sahabat sekalian..walaupun sedikit mudah-mudahan ada nilai disisiNya..

Dicatat Oleh:Norsiah Labara

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *