Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Ziarah PERPPIS

TAWAU 2 SEPTEMBER –Ziarah menzirahi merupakan sunnah Rasullulah.Hampir 20 orang pimpinan dan bekas pimpinan Persatuan Putera Puteri Islam Daerah Tawau telah mengikuti program Ziarah PERPPIS bagi tahun 2011.Program ini bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada 6.00 petang.

Program ini dianjurkan untuk menziarahi rumah-rumah Pimpinan PERPPIS Sesi 2010/11.Peserta-peserta Ziarah PERPPIS juga telah mengunjungi rumah kediaman Penasihat Am PERPPIS iaitu Cikgu Mohd Nasir Che Ali.Beliau telah member sedikit tazkirah untuk renungan semua peserta Ziarah PERPPIS.

Program yang diketuai oleh saudara Mohd Noorfadil Lanangka ini telah berkunjung ke sembilan buah rumah dalam kawasan yang berbeza.Pelbagai juadah dan kuih yang telah dirasai oleh semua peserta program ini.”Mereka seperti tidak kenal erti kenyang”kata salah seorang daripada perserta program tersebut.

Akhir sekali,semoga program ini akan member impak yang positif dan akan dapat mengeratkan lagi hubungan silahturahim dalam kalangan pimpinan PERPPIS.Semoga PERPPIS Bahagian Tawau akan terus mantap dari semasa ke semasa dengan bantuan dan sokongan semua pihak.


“CERDAS MINDA LANDASAN TAKWA”


oleh:Rahman Imuda

No comments:

Post a Comment

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *