A. Teknik "chunking"
- Membahagikan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai megikut arahan guru.
- Membahagikan selembar muka surat kepada beberapa bahagian iaitu 2 atau 3.
- Membahagikan surah & juz kepada beberapa bahagian megikut surah,hizib,rubu',cerita & sebagainya.
B. Teknik mengulang
- Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya 5 kali sebelum mula menghafalnya.
- Membaca ayat yang telah dihafal berulang kali,minimum sebanyak 10 kali sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
C.Teknik Tumpu & Ingat
- Menumpukan penglihatan kepada ayat,muka surat dan lembaran.
- Pejamkan mata & cuba melihatnya dengan minda.Sekiranya masih lagi kabur,buka mata & tumpukan kembali pada mashaf.
- Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau muka surat tersebut dengan mata tertutup.
D.Teknik Menghafal dengan Seorang Rakan
- Pilih seorang rakan yang sama minat,bergilir-gilir mendengar bacaan dan tegur jika terdapat kesalahan.
E.Teknik Mendengar Kaset
- Rakam bacaan qari' yang baik bagi seluruh Al-Quran atau surah-surah tertentu & sebelum mula menghafal,dengar bacaan tersebut beberapa kali.
- Amati cara,lagu & tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di fikiran.
- Sentiasa endengar kaset bacaan Al-Quran & kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggn penghafalan.
F.Teknik Merakamkan Suara.
- Rakamkan bacaan kita di dalam kaset & dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
G.Teknik Menulis
- Tulis semula ayat yang telah dihafal dan semak semula dengan mashaf.
H.Teknik "Pointers" & "Keyword"
- Buat beberapa buah kotak & setiap kotak merupakan satu muka surat.
- Catat dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi muka surat tersebut.
- Kemudian renung dan bayangkan otak tersebut dalam ingatan.
I.Teknik Menghafal Sebelum Tidur
- Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
- Semasa melelapkan mata,dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan di minda kita.
J.Teknik Mindmaping
- Lakar 1 peta minda berbentuk alam sekitar agar mudah diingat dan di fahami.
This is nice, can I join in? I am a Muslim, female,middle age. I love to discuss about Islam, can I use this as a platform? Please.
ReplyDelete