Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Penjualan takwim solat


Takwim solat baru-baru ini telah diedarkan disekitar tawau oleh AJK PERPPIS Bahagian Tawau dengan harga penjualan takwim tersebut hanya RM3.50 sahaja. Al-Hamdulillah, takwim yang telah dikeluarkan sebanyak 4,000 telah mendapat sambutan dan kini hanya tinggal 1,000 sahaja lagi. Jika berminat dengan pembelian takwim solat untuk tahun 2010/1431H bolehlah mendapatkannya di kedai BUSANA MUSLIM atau terus menghubungi pihak kami secara lanjut di nombor yang tertera 0128610033...

Oleh: kembara-syabab

"Membangun bersama Islam"

keperibadian remaja muslimat

Akal mengatakan muslimat itu cantik,
disebabkan,
ilmu dan kepintarannya.
Hati mengatakan muslimat itu cantik,
disebabkan,
penampilan dan akhlaknya.
nafsu mengatakan muslimat itu cantik,
disebabkan,
paras rupanya.
kepada kaum hawa....
usahlah berbangga dengan kecantikan paras rupa mu,
kerana....ia cuma di cintai oleh nafsu...
bukan akal atau hati...
sesungguhnya orang yang ikhlas mencintaimu,
adalah orang yang mencintai dari sudut
akal dan hatinya.
RENUNG-RENUNGKANLAH muslimat yang di cintai

Ditulis oleh: syabab kuhara

PETUA-PETUA DOA MAKBUL

Petua-petua doa makbul
(bingkisan untuk remaja)

Antara petua doa makbul adalah:

1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah
2. Memulakan dengan pujian kepada Allah, diikuti dengan selawat kepada Nabi s.a.w.
Sekurang-kurangnya kalimah pujian kepada Allah dan selawat
3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi s.a.w juga.
4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada
penerimaannya oleh Allah s.w.t
5. Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri.
6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua tangan.
7. Berdoa dan sabar menanti untuk dimakbulkan Allah. Sikap terburu-buru mengakibatkan doa ditolak . Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" dikabulkan doa seseorang dari kalian selama dia tidak terburu-buru. Dia berkata: Aku sudah berdoa, tapi Allah tidak mengabulkannya." ( Riwayat al-Bukhari dab Muslim )
8. Sentiasa berdoa pada setiap masa, sama ada ketika senang atau susah.
9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim.
10. Tidak berdoa paada tempat maksiat.
11. Merendahkan suara.
12. berdoa dengan mengulangkannya.
13. Menghadap ke arah kiblat.
14. Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika berdoa.
15. Berdoa dalam keadaan berwuduk.
16. Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat.
17. Tidak bersajak dalam berdoa dengan tujuan diperindahkan bagi orang yang mendengarnya.
18. Menggunakan ayat-ayat yang ringkas tapi padat dengan makna.
19. Menyeru Allah s.w.t dengan nama-nama-Nya yang mulia.
20. makanan dan minuman mestilah daripada sumber yang halal, kerana Allah menolak doa oleh orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber yang haram.
21. Hendaklah melakukan Amar makruf dan nahi mungkar
22. Hendaklah mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.
23. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat.
24. Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
25. Mengaminkan doa yang dibacakan.


REMAJA HARI INI MEMANG HEBAT



Bukannya dongeng ataupun hikayat
Cerita benar lagi tersurat
Saja nak bagi tau, bukannya mengumpat
Remaja hari ini memanglah hebat


Datang sekolah kalau boleh nak lambat
Waktu balik semedangnya nak cepat
Terkejar-kejar macam budak darjah empat
Alangkah seronoknya kalau dapat balik jam 10 tepat?


Duduk di rumah pun bukannya ada apa dia nak buat
Di depan televisyenlah dia terlopong terkulat-kulat
Kot-kotlah dia nak baca buku ke… nak tambah ibadat
Jangan diharap. Dia liat sehabih-habih liat


Setiap minggu turun ke pekan tak pernah lambat
Sanggup dia naik bas macam sardin sikit punya sendat
Merayau, melepak, mengorat dan diorat
Solat Zohor dan Asar entahlah kat mana dia buat


Sudah jadi ‘trend’ gadis-gadis Melayu hari ini pakai baju yang nampak pusat
Maka terpamerlah daki-daki yang tersumbat
Kononnya dia pakai begitu supaya waktu dia turun bas semua mata kagum melihat
Dialah yang paling seksi, lagi canggih dan punya perut yang berkarat


Dua hari lagi nak periksa dia buat kelam-kabut
Jadual ‘study; baru dia nak lekat
Rajin pulak dia ke masjid, apakah dia sudah bertaubat?
Entahlah… tapi yang pastinya… remaja hari ini memang hebat


Langkah pertama berutus surat
Langkah kedua jumpa menatap
Langkah ketiga duduk rapat-rapat
Langkah keempat… ditangkap, dibawa mengadap ustazah ataupun ustaz


Hanya sekadar inilah yang sempat
Semoga kita ambil manfaat
Nasihat kita jadikan azimat
Remaja hari ini memang hebat


Oleh : imtiyazkhairunnisa

Tarikh : 11/12/2009 (12.40 tengahari )

Tempat : pejabat

JEJAK

Menapaki langkah-langkah berduri
Menyusuri rawang badai hutan
Berjalan di antara tebing jurang
Semua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuk di badan
namun jiwa harus terus bertahan
kerana perjalanan masih panjang

kami adalah tentera Allah
siap melangkah menuju ke medan juang
walau terluka kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

wahai tentera Allah bertahanlah
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

oleh : imtiyazkhairunnisa
tarikh : 08/12/2009 (08.15)
tempat : pejabat

Lidah kesat, masyarakat tabiat

"Di dalam hidup manusia, yang penting
ialah BERKAT.
"Bila hidup kita berkat, diri ini akan
selamat.
"Apabila diri selamat, rumahtangga jadi
sepakat.
"Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat.
"Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita
menjadi kuat.
"Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
"Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat.
"Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat.
"Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

"TETAPI AWAS, apabila pembangunan
meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-
tingkat.
"Ditengah- tengah itu, tempat maksiat
tumbuh macam kulat.
"Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam
kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat.
"Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi
ulat.
"Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
"Apabila sembahyang jadi liat, orang
baik ada yang bertukar jadi
jahat.
"Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
"Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati
lambat.
"Apabila orang tua nak mati lambat, tak
dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

"Yang lelaki, budak budak muda pakai
seluar ketat.
"Semua nak tunjuk kuat.
"Bila berjudi, percaya unsur khurafat.
"Tapi hidup pula yang melarat.
"Tali kasut dah tak berikat.
"Rambut pun jarang sikat.

"Yang perempuan, pakai mini sekerat.
"Suka pakai baju ketat.
"Suka sangat menunjukkan pusat.
"Hingga tak pedulikan lagi batasan
aurat.

"Pakai pulak yang singkat-singkat.
"Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

"Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti
tercegat."Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan
lagi hebat.
"Duduk jauh berkirim surat .
"Bila berjumpa, tangan berjabat.
"Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
"Masa tu, nafas naik sampai tersekat

Bersambung... nantikan "kesat dikerat"

Oleh : Iqram Al-Mujahid
Tarikh : 21/11/2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : KG. MUHIBBAH

Ini Langkahku

Tinta menghurai bicara
Sirah menyingkap sejarah
Terbentanglah segenap kisah
Tamadun mula berbicara

onak duri yang mendatang
ujian, badai dan cabaran
sebagai acuan setiap perjalanan
menjadi pelengkap sebuah perjuangan

Telah ku pilih jalan ini
sebagai perjalanan hidupku
Walau ku tahu kebahagian belum tentu
namun ku tahu kemenangan hanya satu

Tiap langkahku
terselit jalan yang berliku
Acap kali dipalu
menuntun pengorbanan yang jitu
Adakalanya,
merantai diriku
mencabar kesabaranku
mengundang egoku
Menggugat imanku
itulah yang harus ku tempuh
sebagai tarbiah buat diriku
untuk meningkatkan martabat diriku

oleh : imtiyazkhairunnisa
tarikh : 07/12/2009 ( 2.25 petang)
tempat: pejabat

BICARA HATI

Menyimpan rahsia hati
Menyingkap jendela hati
Melihat peribadi
Telah terluaskan akhlak di sanubari

Pana melakar rasa
Kalam menuntut bicara
Mengurai setiap maksud di jiwa
Mentafsir simbolik setiap cerita.

Merentas jalan nan panjang
Telah tersedia cabaran mendatang
Mengharungi cabaran bertandang
Telah tertulis 1001 halangan bersilang.

Hidup sebentar Cuma
Ibarat sekelip mata ia akan berakhir jua
Tamsilan pasang air kau surut jua
Inilah terlakar suratan takdir.

Renunglah pada sekelumit hati
Muhasabah di akar malam nanti
Jangan tibanya waktu diri masih mencari
Apakah bekalan bertemu Ilahi.

OLEH :Imtiyazkhairunnisa
Tarikh :03/12/2009 (03.36 petang)
tempat :Pejabat

DEMI MASA

DEMI MASA
(Peringatan untuk pelajar SMK Tawau)

Assalamualaikum
Cikgu mulakan bicara hari ini dengan memetik maksud surah Al-Asr ayat 1 dan 2. “Demi masa, ssungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh”. Harapan cikgu, pelajar-pelajar tingkatan 6 Rendah Iltizam dan 6 Rendah Realis pada waktu dan ketika ini, semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Terima kasih kerana anda sekalian ternanti-nanti soalan latihan yang telah cikgu janjikan sebelum cuti akhir tahun bermula. Soalan berkenaan telah disediakan, dan boleh meneliti di bahagian “Latihan BM”.
Masa cuti hanya tinggal sebulan sahaja lagi, sebelum sesi persekolahan 2010 bermula pada 4 Januari 2010. Manfaatkan cuti yang telah dianugerahkan kepada anda dengan melakukan kerja-kerja yang makruf dan jauhilah sama sekali perbuatan-perbuatan yang membawa dosa walaupun perkara atau perbuatan itu amat anda gemari. Tiada untungnya, melakukan kerja-kerja atau perbuatan yang berdosa. Malahan perbuatan berkenaan akan mendatangkan murka Allah S.W.T. Fikir-fikirkanlah, semoga perjalanan hidup anda hari ini lebih baik daripada hari semalam.

Sekian, wassalam.

3 Disember 2009
2.00 petang

KAMI DAN KRIS


Bicara kali ini, saya ingin memberi penjelasan tentang program Kursus Amal Islami (KAMI) dan Kem Remaja Islam (KRIS) yang telah diajukan pertanyaan oleh pengunjung blog PERPPIS.
Pada asasnya kedua-dua program KAMI dan KRIS mempunyai matlamat yang sama, kedua-dua juga mewujudkan program makruf yang wajar disokong, dibantu, malah ditaja perbelanjaan. Penyertaannya program berkenaan juga terdiri daripada golongan remaja atau pelajar menengah rendah dan menengah atas . program KAMI penyertaannya terhad atau terbatas, lazimnya tidak melabihi 130 peserta, manakala program KRIS penyertaannya tidak terbatas , boleh mencecah 300 peserta.

Program KAMI, operasi dan pelaksanaan dikendalikan oleh AJK PERPPIS bagi sesi atau tahun berkenaan.Manakala program KRIS dikelolakan oleh Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Program KAMI sebenarnya merupakan amali atau latihan sebenar bagi para AJK PERPPIS untuk mempraktikkan ilmu pengurusan dalam Islam. Melalui program KAMI, para AJK akan melalui fasa-fasa pengurusan seperti membuat perancangan, pelaksanaan kerja, pemantauan kerja dan akhirnya melakukan post-mortem atau penambahbaikan.

Semua AJK PERPPIS akan terlibat dalam semua gerak kerja mengikut pembahagian tugas yang diputuskan oleh mereka sendiri dalam mesyuarat. Bermula daripada penyediaan kertas kerja, surat-menyurat, pamplet, urusan mencari dana, membuat publisiti, mengenal pasti peserta, merangka aktiviti yang wajar dan segala segi yang berkaitan dengan program KAMI dilakukan oleh para AJK PERPPIS sendiri. Situasi inilah yang akan mendidik mereka untuk bekerja secara amal jama’I dalam satu pasukan, berukhuwah, tolong-menolong, mengasah kemahiran interaksi, membina keyakinan diri dan sekaligus mengikis perasaan malu yang tidak bertempat.

Tuntasnya, program KAMI, jika gerak kerjanya dilakukan dengan ikhlas oleh para AJK PERPPIS, sudah semestinya akan memberi natijah yang positif kepada jiwa, mental dan sahsiah para AJK PERPPIS.Mudah-mudahan semua AJK PERPPIS sesi 2008/2009 pada kali ini dapat menjayakan program KAMI Kali Ke-16 dengan tema “REMAJA BERSWADAYA” dengan semangat swadaya yang tinggi. Moga-moga Allah SWT akan memberi jalan kemudahan kepada semua AJK PERPPIS bagi melaksanakan usaha yang murni ini.
Sekian.

14 Zulhijjah 1430. 11.30 malam.


Monolog anak seorang pejuang

Jelmaan merentas bongkah sendu
Mengorba naluri merungkai pilu
Mengharungi gurun tanpa bayu
Menapaki perjuangan yang berliku

Lahirku,
Mengukir deretan senyuman sayu
Mengundang lautan kegembiraanmu
Membaja bibit kasih buat diriku
Kucupan sayu darimu sungguh menusuk kalbu

Hari demi hari yang dilalui
Hidupku dipenuhi dengan cahaya Ilahi
Setiap tingkahku untaian ‘bismillah’ engkau bicarakan
Agar daku mengenal permulaan segalanya.
Setiap silapku kau bisikkan dengan istighfar
Agar daku mengenal apa itu taubat dan dosa
Setiap nikmat yang dikecapi engkau bicarakan tahmid
Agar aku mensyukuri nikmt Rabbi
Bisikan zikrullah sentiasa bergema ditelingaku
Mengalir ke relung hatiku
Membuahkan rasa mengenal Tuhanku.

Dialah penerang jalan gelita
Penenang rasa yang bergelora
Pelembut hati yang durjana
Penyejuk jiwa yang membara
Pengubat luka dan bisa
Penghibur duka nestapa
Peransang semangat waja.

Alangkah beruntungnya hidupku
Kau tabah menghadapi kenakalanku
Tegar melayani karenahku
Sabar menghadapi tindak-tandukku
Yang adakalanya menguji dirimu
Namun,
Kau memujuk dirimu
Merawat lukamu
Dengan simpulan senyuman berpaksikan ketenangan

Dengan wasilah perjuangan ini menginsafi diri
Lalu hidup ini diisi
Dengan budi pekerti
Dengan amal bakti
Dengan iman dan budi

Aku menangis lantaran terharu
Kebijaksanaanmu mendidik diriku
Dengan acuan Islam yang tercinta
Dalam kesibukanmu memegang amanah sebagai pejuang
Dirimu tak jemu melayani diriku
Sifat sabarmu sungguh memikat kalbu
Kelembutan bicara menasihatiku
Tawadukmu itulah yang terindah bagiku

Wahai ummiku
Saban waktu diriku abdi digobokku
Senyum manismu menenang jiwaku
Kerlingan mengorak senyumku
Omelanmu mencuit hatiku.

Wahai Abiku
Didiklah daku setulus hatimu
Pimpinlah aku seikhlas hatimu
Belailah aku dengan sentuhanmu
Bekallah daku dengan ilmu
Moga hidupku dihiasi redhaNya

Aku tak ingin hanyut diabui keasyikan duniawi
Dibelenggu jahiliyyah memagari diri
Tersadung dalam kancah kealpaan
Lantaran masih bertapak
Legasi orientalis
Helah globalisasi
Memperhamba diri
Tamsilan daripada kekurangan
Tarbiah hati.

Ummi dan Abiku..
Disaat peluh menghiasi dirimu
Keluh membebani dirimu
Perjuangan tetap kau tempuh

Dengan iman yang teguh
Kau pimpin daku turut menyelusuri
jalan perjuangan ini
Walaupun kekuatanmu secangkir cuma
Masamu sedetik sahaja
Perjuangan kukuh menapak jua

Maafkan daku atas kesilapanku
Terhadapmu (ummi dan abiku)
Daku dambakan doamu
Menghiasi jalan hidupku
Agar sentiasa di landasan yang teguh
Tekadku,
Akan ku susuri jalan perjuanganmu
Menuju Tuhanku….

(Takbir) 3X

oleh : imtiyazkhairunnisa
masa : 12.07 pagi
tempat : pejabat

MENJADI REMAJA YANG BERANI

1. Tiada kejayaan tanpa keberanian. Kejayaan dalam hidup adalah perjuangan yang pada hujungnya adalah kemenangan. Kemenangan hanya milik orang yang berani. Untuk Berjaya, kita mesti berani mencari dan menambah pengetahuan, maklumat dan pengalaman. Berani mencuba apabila mahukan kejayaan menjadi milik kita.
2. Bersedia mencipta kejayaan. Jangan hanya berpuas hati dan mendabik dada dengan pencapaian generasi terdahulu. Fikirkan di mana uasaha dan pencapaian kita? Oleh itu, tidak cukup sekadar mempunyai pengetahuan sahaja. Kita perlu mempunyai kemahiran dan semangat tinggi bagi mencapai kecemerlangan. Laksanakan dengan berani apa yang sudah dirancang.
3. Berani pemikiran dan jiwa. Mereka yang berani bukan yang sedia melawan dan menunjuk gagah kekuatan tubuh mereka. Sebaliknya, berani mencetuskan pemikiran dan idea baru. Miliki keberanian jiwa, hadapi segala rintangan. Justeru, tetapkan matlamat yang jelas dan seterusnya berani mencapai matlamat itu.
4. Bercita-cita besar. Apabila kita berani mencetuskan pemikiran dan idea baru, letakkan cita-cita dan matlamat yang besar. Nampak seperti mustahil untuk dicapai. Tetapi, orang yang mahu mencari jalan, yang tidak mahu memberi alasan. Cari jalan bagi mencapai cita-cita itu.
5. Berani mencuba. Tidak memadai jika kita hanya berfikir tapi takut melaksanakannya. Tanpa percubaan dan usaha yang bersungguh-sungguh, keberanian berfikir kita tak bermakna. Dalam mencuba, yakin kita akan berjaya. Jangan lupa bertawakkal dan berdoa kepada Allah kerana ketentuan sesuatu adalah di bawah kekuasaan-Nya.
6. Elakkan ungkapan ‘ Tidak boleh’ . Ucapkan kepada diri sendiri kata-kata gagah yang dapat merangsang diri. Jangan sesekali kata “Aku tidak boleh” sebelum mencuba dan berusaha. Jangan kalah sebelum masuk gelanggang. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
7. Mulakan langkah pertama. Kita akan terus berada di bawah kepompong perasaan takut, selagi mana kita tidak memulakan langkah pertama untuk keluar, jangan teragak-agak untuk berubah. Orang penakut tidak ke mana-mana., malah ketinggian dan dipangang hina. Kita mahu jadi begini?
8. Lihat apa yang ada di belakang jangan toleh ke belakang lagi. Apabila kita sudah memulakan langkah berani bagi mencuba sesuatu, teruskan perjalanan. Jangan toleh belakang lagi kepada perassan takut yang ada di belakang kerna yang ada di belakang kerana di hadapan kita adalah bayangan kejayaan dan kecemerlangan. Usah hiraukan ejekan, kata-kata perli dan hasutan mereka yang berada di sepanjang jalan.
9. Ingat, berani adalah pemisah antara kejayaan dan kegagalan. Berani juga memisahkan antara yang mulia dan hina. Kadang-kadang orang yang berani membuat perubahan menerima tekanan dan ujian. Ini adalah perjuangan yang sering kali dilingkari dengan onak dan ranjau duri. Tetapi, tanamkan dalam ingatan bahawa sikap berani menjadi pemisah antara yang berjayadan gagal, yang mulia dan hina.

Hari Raya Korban


"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."

(Surah Al-Hajj Ayat 37)

Tafsiran Ringkas :

Allah tidak menginginkan sesuatu dari makhluk, samada berupa daging dan darah binatang korban mahupun hadiah.Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Kepunyaan Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi, juga antara keduanya. Sebaliknya makhluklah yang memerlukan pertolongan dan bantuan dari Allah.
Menyembelih binatang korban itu dihubungkan dengan sifat ikhlas dan taqwa. Keikhlasan adalah syarat sesuatu amalan diterima. Iaitu melakukan sesuatu hanya kerana Allah. Tidak kerana yang lainnya. Manakala takwa pula sifat berhati-hati dalam semua tindakan yang berkaitan hati, perbuatan dan percakapan, khuatir mendapat kemurkaan Allah.

Perbuatan menyembelih korban, dapat mempengaruhi batin manusia, iaitu hati, kerana dapat menjadikan hati menjadi gementar ketika nama Allah disebut. Mengakui kebesaran dan keagungan Allah, menyedari kekerdilan dan kelemahan diri.

Korban juga menjadi lambang kerelaan diri untuk mengorbankan hidup, dan segala sesuatu yang dimiliki untuk membela kebenaran atau yang hak. Tentunya berdasarkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Walau sesukar mana cabaran dan dugaan yang dihadapi dalam menegakkan kebenaran itu, hati tetap teguh dan tidak mudah goyah. Keazaman tetap kuat untuk menegakkan kebenaran, bibir tetap tersenyum dengan kesabaran yang indah.

Waktu korban yang telah ditentukan waktunya, ini bermaksud agar seluruh hati kaum Muslimin
seluruh dunia berdenyut dalam waktu yang sama untuk melaksanakan satu cita-cita. Dengan demikian, ibadah korban memimpin manusia untuk mengembangkan cita-cita berkorban untuk kepentingan ummah secara keseluruhan. Tidak hanya memikirkan kepentingan peribadi.

Binatang yang dikorbankan melambangkan sifat kebinatangan dalam diri, maka dengan menyembelih binatang korban mengingatkan kepada manusia untuk menyembelih sifat kebinatangan dalam yang ada dalam diri. Biarlah sifat-sifat kotor seperti buas, tamak, rakus itu mengalir keluar dari tubuh kita sebagaimana darah yang mengalir ketika terputusnya urat merih dan halkum binatang korban.

Sembelihlah sifat kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Jadilah Manusia yang Allah Sayang.

Oleh: Iqram Al-Mujahid
Masa: 10.37 pagi (Selasa)
Tarikh: 01. 12. 2009

Untukmu wanita…

Insan yang dikasihi,
Peliharalah auratmu bagai berharga,
Walau dimana kau berada,
Jangan biarkan keindahan dirimu,
Menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

Insan yang dikasihi,
Peliharalah solatmu,
Tundukkan pandangan matamu,
Di hadapan lelaki yang belum jadi milikmu,
Kelak engkaulah bertuah,
Menjadi tetamu Allah,
Moga dirimu disambut penuh kasih,
Oleh Bidadari syurga Ainil Mardhiah.

Insan yang dikasihi,
Berakhlaklah atas panduan Rasulmu,
Contohi dan ikutinya,
Pasti engkau bahagia,
Sejuk mata memandang,
Bercahaya dunia dengan hiasan wanita solehah sepertimu…

Insan yang dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti permata,
Yang berharga dicelah kaca,
Ikuti perintah agama dan jauhi larangan-Nya,
Jadikan panduanmu adalah Al-Quran dan Sunnah,
Kelak hidupmu mendapat berkah.

Insan yang dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut,
Dengan arus kemodenan dunia,
Tanpa ada bekalan ilmu didada,
Renungilah masa depanmu,
Tetapkan iman dijiwa,
Moga ia menjadi perisai buat dirimu,
‘jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga’

Oleh : Iqram Al-Mujahid
Tarikh : 12. 11. 2009 (Khamis)
Masa : 01.00 petang

TERSUNGKUR

Setapak aku melangkah
Sejenak aku berfikir
Sesaat aku merenung akan alam ini
penuh tipu daya memerangkap diri
adakalanya tidak dapat aku menyesuaikan diri
tidak dapat aku memahami bait jalan ini
tidak dapat aku menepis setiap cabaran dan dugaan menerpa diri
akhirnya aku tersungkur...

Sekilas aku memandang
Mengenggam tangan yang tidak berdaya
mengorak langkah longlai tidak bernyawa
lidahku kaku tidak berkata
bingkisan iman yang ingin ku bawa tidak kesampaian
secebis harapan ku simpan tidak tercapai
berkecai segala yang diimpikan
hanyut segalanya..
diriku hilang hala tuju
akhirnya aku tersungkur...

Seantero dunia sepi
ku atur langkah menerjah ke hadapan
sambil berlari ingin menggapai nikmat islam yang kian sirna
nikmat akhlak yang kian pudar dalam diri
risau menyelubungi diri ini...
segalanya yang dirasa kian hampar
perjalanan yang dilalui makin samar
jambatan iman kian rapuh
cahaya ilahi hilang entah ke mana
tidak dapat aku mengejar segalanya
akhirnya aku tersungkur...

Suluhlah diri ini dengan cahaya -Mu
Terangi diri ini dengan pedoman al-Quran-Mu
Hiasi diri ini dengan akhlak islami
janakan diri ini dengan ilmu
Mantapkan diri ini dengan tarbiah makrifatullah
Moga dunia & akhirat menjadi pembela kelak.

oleh : imtiyazkhairunnisa
masa : 12.00 tengahari
tarikh: 20/11/2009
Tempat : Pejabat

PERKARA YANG MENARIK DALAM PEPERANGAN UHUD

Walaupun peperangan telah menjadi satu pukulan dan pengajaran yang pahit kepada umat Islam tetapi di dalamnya terdapat 1001 pengajaran yang tidak ternilai dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Salah satu daripadanya ialah pengorbanan para sahabat nabi S.A.W. yang sanggup mengorbankan masa, harta dan juga seluruh jiwa dan raga demi menegakkan agama Allah di muka bumi. Seramai 70 orang tentera muslimin yang syahid di sisi allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

" Akulah yang menjadi saksi kepada mereka pada hari kiamat nanti dan sesungguhnya tiada berdarah oleh seseorang itu dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah melainkan Allah akan membangkitkannya pada hari Akhirat dalam keadaan berdarah, darahnya berwarna merah seperti merah darah yang telah melumuri tubuhnya ketika syahid di dunia tetapi baunya harum bak miski ( kasturi ) yang sangat harum."
Hamzah radhiallahuanhu telah diberikan penghargaan sebagai Sayyidus Syuhada' iaitu penghulun bagi golongan yang mati syahid. Apabila melihat mayat bapa saudaranya dan saudara susuannya, Rasulullah S.A.W. kelihatan sedih. Pada masa itu, ibu saudaranya, Safiyyah radhiallahuanha ingin melihat mayat HAmzah tetapi Rasulullah S.A.W. meminta Zubir iaitu anak kepada Safiyyah agar membawa ibunya pergi agar ibunya tidak melihat mayat Hamzah yang telah dicincang itu.

Safiyyah berasa hairan lalu bertanya, " Mengapa? Aku sudah pun mengetahui bahawa dia (Hamzah) dicincang kerana Allah . Adakah kita tidak reda dengan apa yang telah berlaku ? Aku akan menghadapinya kerana Allah dan bersabar, Insya Allah," Setelah dia melihat mayat HAmzah dia terus solat, berdoa dan beristighfar untuknya.Mayat Hamzah kemudiannya diperintahkan supaya dikebumikan bersama Abdullah bin Jahsi iaitu saudara dan sepupu susuannya. Ibn Mas'ud menceritakan " Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menangis seperti menangisnya kepada Hamzah."

Di antara pahlawan yang turut syahid dalam peperangan ini ialah Mus'ab bin Umair memeluk Islam dan menghadapi ujian ketika berada di Mekah. dan juga Anas bin Nadhar radhiallahuanhu iaitu ketika beliau dalam keadaan nazak beliau telah mengirim salam kepada Rasulullah S.A.W. bahawa beliau telah mencium bau syurga seolah-olah syurga itu berada berhampiran dengan Bukit Uhud. Mayat Anas telah dicincang dengan dahsyat sehinggakan tiada siapa yang dapat mengenalinya melainkan adik perempuannya yang dapat mengecammnya melalui jarinya sahaja.

Salah satu yang turut syahid ialah seorang yang asalnya menganut agama Yahudi bernama Mukhairiq. beliau telah mengajak kaumnya pergi menyertai Rasulullah S.A.W. dengan berkata , " Wahai orang-orang Yahudi ! Kamu semua telah mengetahui bahawa adalah menjadi satu kewajipan kamu untuk menolong Muhammad." Mereka menjawab," Hari ini hari Sabtu iaitu hari yang sangat penting bagi kami yang telah bekerja ." Mukhairiq kemudiannya menjawab, " Tidak ada halangan bagi kamu untuk keluar pada hari Sabtu." Beliau tidak mengendahkan langsung sikap kaumnya itu lalu segera keluar bersama dengan Rasulullah S.A.W. sehinggalah gugur syahid. Apabila diberitahu Rasulullah S.A.W., baginda kemudiannya bersabda, " MUkhairiq adalah sebaik-baik Yahudi".

Terdapat seorang lelaki yang bernama Qazman. Dia pergi berperang dan telah berjaya membunuh 7 atau 8 orang musuh. dia dijumpai dalam keadaan luka parah lalu kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya. Dia memberitahu dbahawa dia berperang bertujuan untuk mempertahankan kaumnya dan bukannya menyahut seruan jihad daripada Allah. Oleh

KEIKHLASAN DALAM MELAKSANAKAN GERAK KERJA

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan keikhlasan seseorang itu dalam melaksanakan gerak kerja dalam sesebuah jamaah,organisasi,ataupun kerja-kerja yang ingin dilaksanakan antaranya ialah :
  • Istiqomah (berterusan) dalam melaksanakan sesuatu gerak kerja yang diberikan
  • Tidak mengharapkan ganjaran daripada manusia ataupun makhluk
  • Melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh serta tanamkan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan gerak kerja yang diberikan.
  • Tidak berasa kecewa dalam melaksanakan hasil daripada gerak kerja yang telah dilaksanakan.
  • Tetap melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh walaupun tanpa sebarang jawatan yang disandang
  • Melaksanakan tugas tanpa disuruh ataupun dipaksa
  • Tidak ada perubahan pada diri walaupun dipuji atau di cela oleh segelintir pihak.
  • Sanggup bekerja lebih dengan jangka masa yang panjang
  • Tidak dipengaruhi oleh suasana persekitaran
  • Tidak mengeluh ataupun gelisah
  • Tidak mencari ataupun mencipta alasan
  • Tidak berpilih-pilih dalam menghadapi apa jua gerak kerja.
Catatan diatas hasil daripada pengisian usrah organisasi yang disampaikan oleh Penasihat Am PERPPIS

Dicatat
Oleh : ar-rijal
Masa : 9.20 malam (Isnin)
Tarikh :16.11.2009

Destinasiku...


Sudah jauh pelarianku..
Makin jauh dari sehari ke hari…
Berbatu-batu..
Dari hari pertamaku diberi amanah itu sehingga hari ini…
Ku tidak tahu bilakah pelarianku akan berhenti…
Mungkin dengan kehadiran Izrail yang dapat mengalang perlarianku selamanya…
Aku berlari…

Jalan yang kulalui penuh dengan dugaan…
Onak duri yang cuma bisa ditempuh oleh iman..
Penuh dengan gelombang mehnah yang mencabar..
Angin-angin nafsu kuat bertaut pada hati yang lemah ini..
Duri-duri bisikan syaitan makin galak menusuk..
Dari hari ke hari untuk membuat langkan ku terhenti
Mengaburkan mataku dengan fatamorgana..

Kadang- kadang perlarianku terhenti
Kerana terpesona dengan mimpi keindahan duniawi
Harta duniawi, cinta dunia…
Mimpi indah itu mengaburi perlarian untuk sampai kesitu…
Mimpi yang belum pasti memberi kebahagian seperti disana…
Tapi keranaNya..
ku tetap meneruskan pelarianku…
Walau kadang kala iman ku berdarah
Walau ku jatuh tersungkur
Ku tetap trus berlari
Jiwa mujahadah tak kan luntur dengan izinNya…
Tangis ku dalam sujud
Butir-butir air mata cinta ku padaNya sering kali meneman malamku
Tasbih cinta ku dan rindu sering meniti di bibir..
Ku yakin Dia Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang
Perlarianku tidak akan ku berhenti
Selagi tidak sampai ke destinasi itu..

Walau ujian semakin hebat
Ku tetap terus berlari…
Moga aku sampai kesitu..
Destinasi cinta hakiki rindu abadi….. CINTA ALLAH DISEGENAP CINTA KU...
InsyaAllah…

Teruskan berlari sahabat…
Andai diri ini tersungkur
Andai diri ini terjelepok
Walau diri ini tertiarap..
Sambutkanlah tanganku teman
Pimpinlah daku dengan tarbiahmu
Buangkan kesan-kesan debu dosaku dengan menceritakan akan kebesaranNYa
Rawatlah lukaku dengan ubat halawatul iman
Pujuklah senduku dengan ayat-ayat cintaNYa
Cintakanlah daku dengan sunnah Kekasih kita Rasulullah
Hiasilah nasihatmu disegenap jiwaku agar ku dapt terus brlari……
Hingga ke DESTINASI ITU……

Oleh: Iqram Al-Mujahid
Masa: 11.30 pagi (Jumaat)
Tarikh:23. 10. 2009

Buat sahabat PERPPIS

Lembaran hidup wanita solehah…

Mampukah aku menjadi seperti siti khadijah,
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah aku didik jiwa seperti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana,
Pendorong apabila kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Bercucuran air mataku melihat pengorbanan Siti Fatimah,
Salah satu puteri kesayangan Rasulullah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat dengan Ayahnya,
Yang sarat menanggung amanah,
Untuk menyampaikan dakwah,
Tiada miliki harta dunia,
Layaklah dia sebagai penghulu syurga.

Ketika aku mula merasai marah,
Ku intip serpihan sabar Siti Sarah,
Puteri yang tenang mendapat tarbiah,
Kerana taat pada Allah.

Tabahi jiwaku,
Setabah Umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Tika diterik padang pasir merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Ditinggalkan suami dengan akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita bernama Siti Hajar,
Ulung sejarahnya ke merata dunia.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan Islam,
Bersinar harum tersebar debunga,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

Oleh: Iqram Al-Mujahid (Rekaan khas untuk wanita)
Tarikh: 10.11. 2009 (Isnin)
Masa: 10.20 malam

Berjanjilah hai teman…

Teman,
Berjanjilah pada diri,
Agar terus berjuang dimedan ini,
Membawa kemanisan iman hati,
Cinta dan jihad abadi.

Lalu mengukir sebuah dakwah,
Untuk menghidupkan Deen Allah,
Biar dirimu mati dalam fisabilillah,
Kerana kau Islam sejati yang setia.

Biar rebah jasadmu,
Kerana kau syahid terbunuh,
Biar puas sanubarimu,
Kerana cintamu telah terbukti kukuh.

Dan kau masih berdiri gagah,
Dengan memandang setiap Ummah,
Walaupun langkah dan nafasmu lelah,
Kadangkala juga tersadai lemah,
Menanti setiap seru pejuang Allah,
Mengikat ukhuwah,
Lantas membawa pulang fisabilillah yang tabah.

Oleh: Iqram Al-Mujahid
Tarikh: 12. 12. 2008 (Jumaat)
Masa: 10.00 malam

Remaja..Apa Nak Jadi??

Remaja
Apa nak jadi?
Berhibur ikut trend masa kini
lupa dengan ajaran nabi
Tak sedar menzalimi diri sendiri

Remaja
Apa nak jadi?
'couple' sana 'couple' sini
kepit sana kepit sini
Tak takut ke dengan azab ilahi?

Remaja
Apa nak jadi?
Medan maksiat sentiasa dibanjiri
Taman-taman syurga dibiarkan sepi
ditanya kenapa boleh jadi seperti ini
Amboi,jawapan bukan main lagi!

Remaja
Apa nak jadi?
Umpat sana umpat sini
Gosip sana gosip sini'
Lupa dah kah siapa diri
Nak ikut syaitan atau Nabi?

Remaja
Apa nak jadi?
Masa depan engkau calari
Lupakan pedoman ilahi
Hilanglah jati diri
Musnahlah segala yang diingini

Remaja
Apa nak jadi?
Akhlak islami kian dicemari
Tuntutan al-Quran dianggap basi
Syariat islam acap kali diingkari
Apa nak jawab di kubur nanti?

Remaja
Hidup ini tak lama lagi
Rumah kata pergi kubur kata mari
Bila ajal menjemput tak dapat buat apa-apa lagi
Jadi, bila nak taubat lagi ni?

Remaja
Kita ini hanya insan biasa
Nak jadi sempurna belum tentu pasti
Hidup biar diredhai Ilahi
Jauh murka Rabbi
Insya-Allah syurga tempat dihuni

oleh : imtiyazkhairunnisa
masa : 5.00 petang
Tarikh : 11/11/2009
Tempat : Pejabat

ADAB REMAJA KE ARAH KEILMUAN

Tugas 1
  • Hendaklah mendahulukan kesucian hati dan kerendahan budi serta menghindari sifat-sifat tercela.
Tugas 2
  • Mengurangkan kesibukan duniawi semata-mata.
  • Memperbanyak ibadah kepada Allah SWT kerana dengan beribadah kepadaNya hati akan menjadi tenang.Ibadah yang boleh dilakukan sama ada ibadah berbentuk khusus mahupun ibadah umum.
  • Ibadah khusus ialah ibadah yang dilakukan seperti solat 5 waktu sehari semalam, puasa, menunaikan zakat.
  • Ibadah umum pula bermaksud apa-apa perkara yang dilakukan dengan ikhlas dan diniatkan semata-mata kerana Allah Taala seperti belajar untuk mendapatkan reda Ilahi dan bekerja kerana Allah.
Tugas 3
  • Tidak bersikap sombong dan angkuh dengan ilmu yang dimiliki sebaliknya sentiasa merendah diri kerana semua ilmu dan kepandaian yang kita miliki semuanya daripada Allah.
  • Ingatlah, sebijak manapun kita dan serajin manapun kita belajar jika Allah tidak meredai ilmu yang kita pelajari semuanya akan sia-sia. Justeru, sentiasalah niatkan segala ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah dan bukan semata-mata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan sahaja.
  • Pepatah ada mengatakan bahawa ilmu yang kita miliki hanya setitis daripada lautan yang terbentang luas. Lautan tersebut diumpamakan ilmu Allah yang tiada hadnya jika dipelajari.
  • Lihat, betapa kerdil dan jahilnya diri kita.
Tugas 4
  • Seorang remaja hendaklah tidak meninggalkan sesuatu majlis ilmu dengan begitu sahaja.
  • Pemahaman yang secukupnya tentang isu yang diperkatakan amat penting untuk mengelakkan sebarang kemusykilan atau keraguan yang bermain-main di benak kotak pemikiran
  • Mintalah izin kepada penceramah jika ingin meninggalkan majlis kerana sebab-sebab tertentu yang memang tidak dapat dielakkan.
Tugas 5
  • Ilmu yang dituntut hendaklah semata-mata dengan niat kerana Allah Taala dan jangan sesekali berniat menuntut ilmu bertujuan untuk menghimpun harta, mencari pujian manusia dan memperoleh pangkat atau kejayaan dalam pelajaran mahupun bidang kerjaya yang telah diceburi.
Tugas 6
  • Ilmu yang telah dipelajari hendaklah sentiasa diamalkan dalam kehidupan seharian kerana ilmu yang dipelajari tanpa diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah.
  • Pastikan ilmu yang dipelajari dapat mendekatkan dan menimbulkan lagi rasa kehambaan dan kecintaan kepada Allah Rabbul Jalil.
  • Istiqamah dalam mempelajari ilmu.
Bersama-samalah kita mencari reda Ilahi dalam menuntut ilmu untuk memperoleh kesenangan hidup di dunia dan akhirat.. Insyaallah.Moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat Taufiq dan HidayahNya..Amin.

Oleh : Nisa'
Tempat : Cybercafe
Tarikh : 10 November
Masa : 3.08pm

INILAH DIRI

Sehening subuh sunyi
seindah suasana maya
terpantul lembut memukau jiwa
Mempersonakan setiap rasa

lantas,
aku tersentak dengan setiap sentuhan dunia
membuat ku leka dan alpa dengan setiap tingkah
Membadai di jiwa bukan berkala tetapi setiap masa
Adakalanya buat ku lemah dan longlai
tidak terkata..

Namun,
apa daya ku seorang manusia
apa daya ku seorang insan biasa
Fitrah yang singgah di cerong kalbu bergelora
menitipkan setiap bait kata yang tidak dapat ku leraikan
dengan kata-kata

Ku menyelak setiap bentangan perjalanan ini
ku menyingkap setiap tirai kehidupan
baru ku sedari penuh onak dan cabaran
yang menghanyutkan diri
menghancurkan jati diri
merosakkan tarbiah hati..

Kronologi hidup ini terlalu singkat
namun,
sentiasa menjadi teka teki setiap insan
Bilakah akan sampai ke noktah pengakhiran
oleh itu,
perlu kita hayati dan renungi
hidup ini perlukan suluhan cahaya ilahi
setiap detik masa dan saat kehidupan

Lantaran itu,
cahaya iman hadir menyinar di benakku
telah ku temui hakikat iman yang perlu ku kecapi
hakikat kehidupan yang perlu aku sedari
untuk mencorakkan perjalanan hidupku
agar sentiasa berada di naungan rahmat dan redha-Mu
ya Ilahi..

oleh : imtiyazkhairunnisa
tarikh : 09/11/2009
masa: 12.00 tengahari
tempat : Pejabat

CINTA




‘CINTA’

Hari ini saya dijemput oleh pihak Institut Perguruan Tawau melalui Persatuan Guru Pelatih IPG untuk menyampaikan satu ceramah yang bertajuk “pengurusan cinta”. Ceramah berkenaan telah diadakan di Surau An-Nur IPG. Kehadiran peserta dalam program ini lebih ramai guru-guru pelatih perempuan berbanding lelaki. Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Pengarah IPG dan beberapa pensyarah IPG. Catatan malam ini saya tidak berniat untuk mencatat kembali secara keseluruhan apa yang telah diceramahkan, cukup sekadar dicatat bahagian mukadimahnya untuk tatapan
bersama.

Saya kira persoalan ‘cinta’ bukan persoalan orang muda sahaja, tetapi persoalan semua orang yang ingin mencapai visi ke syurga bagi meraih reda Allah s.w.t.. Maknanya ,persoalan ‘cinta’ boleh membawa seseorang itu ke syurga atau ke neraka bergantung sejauhmana seseorang itu mengurus’cintanya’.

Cinta perlu diurus kerana perkara ini melibatkan persoalan keimanan, maruah individu, pahala dan dosa, kebinasaan dan kebahagiaan seseorang di dunia dan berpanjangan hingga ke akhirat. Jadi jangan pandang enteng pasal ‘cinta’ beri perhatian serius. Pastikan cinta anda tidak tersasar hingga membawa ke jurang api neraka. Jauh sekali untuk mengamalkan “cinta monyet”

GANGSTERISMES AMONG TEENAGERS

Gangsterisme associated with violence. Do you agree with this statement? nowadays, teenagers are more prone to gangsterisme. What is the actual meaning of gangsterisme? Well, Collin English dictionary states that gangsterisme is the habit of using any organized gang of criminals. According to Utusan Malaysia 1998, the social phenomenon of gangsterisme had shown a vast increase and thus increasing the rate of vandalism, threatening and also drug addictions among teenagers. If the study had been carried otu in 1998 had showed a vast increase in gangsterisme, it was 11 years ago. What about nowadays? Of course the number of gangsterisme increasing each year. there are several factors of gangsterisme.

Lack of religious education is one of the factors of gangsterisme. A staunch belief in God is the main instrument in managing lustful drives. It is also the source of all suffering of human beings. the sources at times are latent, thin, hidden and sometimes activated. So long there is lack of religious wisdom, so long there is unconscious state of mind and so long there will be suffering provoking thoughts that are caused by self ego, attachment, aversion and love for physical body will remain vibrantly alive.

Person who has low self-esteem intends to get more involve in gangsterisme easily. This is categorized as individual influences. Someone with low self-esteem does not has enough confident within themself. In this situation, they hardly communicate with other people. Besides, people with low academic-minded can easily get affected from their peer groups. Educations can help we as the teenagers to think with more rationally and matured about somethings because we already know what is right or wrong.

Peer group also contribute in gangsterisme issue. What is the meaning of peer groups? Peer group is the same age group of people who plays around, grow up together or buddy who strive together. How does our buddy can affect us to gangsterisme? Well, our friends play an important role in influencing us to do something. We usually tend to share our problems with our friends than discussing it with our family. Maybe this is because our family do not understand our feeling better. sometimes they treat us like a child. As we grow becoming teenagers of course we do not want life as living in a cage right? Sometimes teenagers want a little bit freedom. That is why friends act as a second family for most teenagers but if we choose a wrong friend, we can be doomed.

Family ties are important. It can strengthen the parents-sons relationships. It is a must to parents to share a quality times with their children despite the exhausted and tiring days in works. If they do this, children especially those who are teenagers feel their parents' love and care for them. But the circumstances is really different nowadays. Parents are becoming more obsessions for persuing materials thus neglecting spiritual ties which is important in building a more religious person. Moreover, if they feel that they are being ignored of course they tend to organized group in order to do violence.

In conclusion, gangsterisme can bring a lot of disadvantages to teenagers like us. Therefore, we must fill ourselves with faith to Allah and stick to our Quran and Hadith because as long as we stick in these two things we will remain in the right paths. So, what do we wait anymore? Go and search for mardhatillah. Remember, life is only once so fill it with solid faith to Allah. Never involve ourselves in doomness because we will lose in the hereafter.Heaven is for the people who always remember Him in happiness or in sadness.

From : Nisa'
Date : 6 November 2009
Time : 5.28 p.m.

TIPS PENGGUNAAN MASA EFEKTIF

Al-Adlu itu merupakan salah satu sifat Allah yang jelas terkandung dalam Asma' Wa Sifat kerana Allah mengurniakan masa yang sama kepada semua umat manusia tanpa mengira latar belakang dan juga agama. Ya,betul 24 jam dalam sehari.Sebagai contoh, jangka masa waktu di Malaysia sama dengan jangka masa yang telah Allah peruntukkan di Jordan. Tiada berkurang walau sesaat ataupun bertambah sesaat sekalipun cuma yang membezakan ialah waktu-waktu di negara bahagian Timur akan laju sehari berbanding waktu di negara Barat. Setiap orang sememangnya mampu untuk menguruskan masa dengan sistematik.Oleh itu, di sini PERPPIS BAHAGIAN TAWAU hendak berkongsi beberapa tips untuk dijadikan panduan dan pedoman khususnya kepada pelajar-pelajar.

1. Lakukan perkara-perkara yang mudah terlebih dahulu.

Hal ini kerana perkara-perkara yang mudah mengambil masa yang singkat untuk
diselesaikan. Implisitnya, pembaziran masa dapat dielakkan.
Contohnya, semasa peperiksaan jawablah soalan-soalan yang mudah untuk
diselesaikan.Jangan cuba menyelesaikan soalan-soalan yang susah kerana takut
dikhuatiri akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya.

2. Lakukan perkara yang sudah dirancang berbanding perkara yang tidak atau
belum dirancang.


Senaraikan terlebih dahulu perkara yang kita ingin lakukan mengikut prioriti
keutamaan. Pastikan perkara yang penting didahulukan.
Sebagai contoh, guru sekolah memberikan satu tugasan folio yang memerlukan bahan
rujukan daripada perpustakaan dan setiap pelajar wajib menghantarnya esok maka
sebagai pelajar, walaupun kita mempunyai rancangan lain ketika berada di bandar
maka rancangan tersebut haruslah ditunda atau dibatalkan kerana tugasan untuk
menyiapkan folio adalah lebih penting dan utama.

Di Sebalik Kehidupan

Teman..
Hidup ini bagaikan bahtera di lautan
Ilmu pengetahuan & kemahiranlah yang boleh memandu kita
Ke arah kebahagiaan & Keamanan di dunia yang penuh
Dengan dugaan, ujian & cabaran

Teman..
Sesungguhnya di dunia ini banyak persoalannya
Tetapi amat sedikit jawapannya.

Teman..
Ingatlah, semulia-mulia insan yang hidup
Di dunia ini ialah insan yang
Sentiasa mengingati akan kematian
Dan, memikirkan tentang hari akhirat

Teman..
Usahlah kau merenungi kemewahan hidup
Sebaliknya renungilah akan hari kematian
Dan renungilah persediaan yang akan kau bawa nanti
Untuk menuju ke alam yang penuh abadi
Dengan kenikmatan & kebahagiaan yang telah Allah janjikan

Teman..
Hidup ini banyak masalah yang timbul
Haruslah diselesaikan dengan hikmah & dicari puncanya
Oleh itu, rujuklah dua panduan yang telah ditinggalkan kepada kita
Iaitu kitab yang penuh dengan kemuliaan yakni Al-Quran
Dan Sunnah Rasul iaitu Hadith
Untuk mendapatkan penyelesaian agar kita tidak sesat..

Oleh : Nisa'
Masa : 4.00 p.m.
Tarikh : 3 November 2009

Latihan BM 910/1

LATIHAN BM 910/1 (1 Oktober 2013)
Jawab semua soalan, pilih jawapan yang paling tepat.

1. Antara kata-kata berikut yang manakah kata yang mempunyai bunyi vokal
hadapan separuh sempit?

i. Tekak
ii . Tembak
iii . Tendang
iv. Tempang

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

2. Bunyi vokal belakang sempit terdapat
dalam perkataan.

A Buluh
B Ombak
C Sekoi
D Rambai

3. Pilih perkataan yang mengandungi bunyi
vokal “e” pepet?

i Legar
ii lepat
iii Leher
iv Letih

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

4. Antara yang berikut ialah ciri bunyi
vokal kecuali?

A Merupakan bunyi bersuara
B Udara keluar tanpa sekatan
C Mempunyai ciri kepanjangan
D Pita suara di dalam keadaan terbuka

5. Antara kata berikut, pilih contoh bunyi
vokal hadapan sempit pada awal
kata tertutup?

i Ipar
ii Imbas
iii Lintah
iv Siul D

A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
iii dan iv

6. Antara kata berikut, yang manakah kata
yang mempunyai vokal belakang separuh
sempit pada akhir kata terbuka?

A Sombong
B Obor
C Borang
D Polo

7. Organ pertuturan yang berperanan
menentukan sama ada sesuatu
bunyi itu bersuara atau tidak ialah

A Lidah hadapan
B Pita suara
C Glotis
D Anak tekak

8. Berdasarkan kat-kata berikut,
yang manakah contoh bunyi pada
akhir kata terbuka, bibir dalam
keadaan bundar?

i Pulut
ii Sepatu
iii Toko
iv Bongkok

A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv

9. Bunyi vokal hadapan luas terdapat
dalam perkataan?

i Bakau
ii Beta
iii Busuk
iv Borong

A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv

10. Antara yang berikut, yang manakah
faktor yang menentukan jenis vokal?

i Kedudukan lidah
ii Keadaan pita suara
iii Keadaan anak tekak
iv Keadaan bibir

A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv

11. Perkataan yang tidak mengandungi
bunyi vokal hadapan luas ialah

A Boikot
B Kaloi
C Rongga
D Pulau


Sultan Muhammad Al-Fateh (sultan mehmed)


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Akhirnya,dadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

Timur: Mudahnya minum bir



SEORANG remaja membeli minuman keras di sebuah premis perniagaan di Kuantan, semalam.

Jual minuman keras secara terbuka cemar kesucian agama

KUANTAN: Tindakan segelintir umat Islam di bandar ini dilihat bebas membeli dan minum minuman keras yang dijual di pasar raya dan kedai serbaneka tanpa mempedulikan orang ramai yang melihat gelagat mereka, mencemari kesucian agama.

Gelagat mereka seolah-olah memperlekehkan peraturan melarang umat Islam membeli minuman keras yang diletakkan di setiap premis menjual minuman memabukkan itu.

Berikutan itu, Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPM), mahu pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan pihak berkuasa tempatan turun padang memastikan penjualan arak di pasar raya dan kedai serbaneka mengikut peraturan ditetapkan.

Presidennya, Datuk Mohd Firdaus Abdullah, berkata PPPM tidak mahu orang ramai terutama umat Islam dan kanak-kanak bawah umur bebas membeli minuman keras biarpun ia diletakkan di kawasan dikhaskan.

"Jika boleh, juruwang yang berurusan dalam soal penjualan arak bukan pekerja Islam, manakala satu kaunter khas perlu disediakan bagi memudahkan urusan pembelian.

"Dalam hal ini, kami tidak mahu timbul isu apabila juruwang Islam yang berurusan di kaunter, sedangkan arak bukan perkara yang ringan dalam Islam, malah boleh mencetuskan kontroversi jika tidak diberi perhatian," katanya.

Mohd Firdaus meminta pihak berkuasa memantau penjualan arak dari semasa ke semasa bagi mengelak minuman keras itu mudah dijual kepada umat Islam dan kanak-kanak bawah umur.

Seorang remaja, Shahril Mohamad, 17, berkata beliau kesal dengan kelakuan golongan terbabit kerana ia bukan saja menggambarkan sikap buruk, malah mencemar kesucian agama Islam.

"Pihak yang berkaitan perlu memandang serius perkara ini kerana ia menjejaskan imej umat Islam secara keseluruhannya.

"Saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi memastikan hal berkaitan larangan ini diberi perhatian di kalangan masyarakat Ismal, termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap kaki botol," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaip, Baharuddin Ahmad Bustami, berkata jabatannya sentiasa mengadakan operasi pemantauan di pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual arak.

Katanya, operasi itu dilakukan bagi menahan umat Islam yang membeli dan minum minuman keras itu.

"Kami harap dapat menangani masalah ini daripada terus berlaku di kalangan masyarakat Islam terutama golongan remaja," katanya.

Mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987), jika disabitkan kesalahan, individu Islam yang ditahan menjual, membeli dan minum boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan enam sebatan.


Diterbit dan diubah oleh PERPPIS
Sumber: Berita harian
Pada: 02.11.2009

Nilai mata hati

Mengapa perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika dirimu tidak seindah SULAIMAN.

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Andai kasihmu tidak setulus ZULAIKHA.

Mengapa menginginkan diri seteguh IBRAHIM,
Bila hati tidak sekuat SARAH.

Mengapa mengharap isteri sehebat FATIMAH AZ-ZAHRA,
Kalau dirimu tidak semulia ALI KARAMALLAHU WAJHA.

Mengapa mendambakan teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Lantaran dirimu tidak sesempurna RASULULLAH S.A.W..

Gunalah mata,
Untuk melihat akhlak mulia,
Gunalah hati,
Untuk menilai impian hati.

Jangan guna mata,
Bila kau cari paras rupa,
Jangan guna hati,
Bila tidak tahu menilai pekerti


Oleh: Iqram Al-Mujahid
Tarikh: 01.11.2009
Masa: 02.10 petang
Tempat: Kg. Muhibbah

Senyum

Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati,
Nescaya duniamu akan berseri.

Senyum umpama impian,
Penghias kehidupan,
Senyumanmu buat orang tersenyum,
Kemesraan terbibit ukhuwah menguntum.

Senyumlah kepada semua,
Senyumanmu amat bermakna,
Senyuman yang membahgiakan,
Menjalin ikatan persaudaraan,

Senyumanmu juga perlu dikawal,
Supaya dirimu tidak kesal,
Senyumlah dengan berkadar,
Itulah sedekah yang bukan dari mahar.


Oleh: Iqram Al-Mujahid
Tarikh: 01.11.2009
Masa: 01.30 petang
Tempat: Kg. Muhibbah

Duhai pemimpin

Duhai pemimpin,
Ayuh bangun jadi pemimpin amanah,
Menjadi khalifah bukan atas kerana nama,
Bukan untuk mendapat pujian yang berjuta,
Tetapi,
Menjadi ketua yang telah dipilih,
Melerai persengketaan diantara ramai,
Demi membuat keputusan yang satu.

Duhai pemimpin,
Raut wajah dan fizikalmu tidak mustahak,
Apa yang dilihat adalah kepimpinan dan akhlak,
Sedebu kesilapan,
Berjuta kritikan,
Yang menghentam pucuk pimpinan,
Lantaran itu,
Binalah kepimpinan mulia,
Tunjangnya disusuli Al-Quran dan Sunnah.
Kelak kau digelar pemimpin yang berwibawa.

Duhai pemimpin,
Hendaknya kau mempunyai Iman dan Takwa,
Disitu rahsia disebalik ibadah,
Janganlah berpaling dari apa yang diperintah,
Kerana kau akan binasa,
Dikubur kau dipalu 70 hasta ke bawah,
Dicipta semula dan diulang palunya,
Selama engkau masih punya dosa.

Duhai pemimpin,
Jangan jadi pemimpin bila engkau tidak berilmu,
Dibimbangi kejahilanmu mendahului yang perlu,
Pimpinanmu akan rosak bila engkau begitu,
Dimanakah mereka harus berhutang nyawa?
Tuntulah ilmu walaupun engkau tidak tahu,
Biar perlahan yang penting selalu.

Duhai pemimpin,
Engkau adalah khalifah dunia,
Bila suaramu menggoncang,
Semua tunduk taat,
Manfaatkalah kuasamu yang ada,
Jangan engkau salah guna,
Kelak kau akan menjadi orang yang dihina.

Oleh : Iqram Al-Mujahid
Pada : 23. 06. 2009
Masa : 08.25 pagi
Tempat : Dimeja sekolah

Mujahidah sejati

Mujahidah sejati,
Intan permata,
Mutiara mahkota,
Seindah pelangi di cakerawala,
Menghiasi taman permai indah.

Mujahidah sejati,
Engkau serikandi pembela agama,
Peribadimu solehah,
Subur Iman dan Takwa,
Menjadi impian pemuda.

Mujahidah sejati,
Akhirat sebagai yang utama,
Dunia bukan pilihannya,
Walau dianugerahkan purnama,
Hatinya tetap berzikrullah.

Mujahidah sejati,
Hatinya berbeza,
Dirinya cekal beragama,
Kerana diasuh halaqah,
Dibimbing Al-Quran dan Sunnah.

Mujahidah sejati,
Seruan Rasulullah sebagai bekalan,
Menyulamkan diri dengan pengorbanan,
Menggegarkan seisi alam ketamadunan,
Penghubung generasi masa depan.

Mujahidah sejati,
Terus subur harum mewangi,
Berputik mekar hiasan duniawi,
Seindah suria menerangi bumi,
Harapan ummah yang abadi,

Mujahidah sejati,
Menyoroti langkah khadijah, Aisyah dan Fatimah,
Bila susah tidak gelisah,
Basah sentiasa dengan mujahadah,
Menuju cinta dan kasih Allah.

Mujahidah sejati,
Paras rupa bukan ukuran,
Nilainya sama disisi tuhan,
Cuma takwa yang membezakan,
Solehahnya menjadi idaman

Mujahidah sejati,
Berhati-hati hasutan dunia,
Kerana ia merbahaya,
Jangan biar dosa bertakhta,
Tepislah ia dengan mengingati yang Kuasa.

Mujahidah sejati,
Ayuh bangkit mengimpikan Syahida,
Idolakan sumayyah, zinnirah,
Gelorakan jihadmu dijalan Allah,
Senyum mujahidah menuju jannah.

Oleh: Iqram Al-Mujahid
Tarikh: 01.11.2009
Masa: 12.55 tgh.
Tempat: Kg. Muhibbah

Remaja

Remaja,
Jangan kau alpa dengan tipuan dunia,
Jangan kau lemah akan ujian,
Jangan kau bangga dengan pujian.

Remaja,
Bisakah dikau menjadi seteguh iman Fatimah Az-Zahra,
Asas agama jadi panduan,
Iman dan takwa jadi bekalan.

Remaja,
Syaitan bersumpah sesatkan umatnya,
Jangan dikau terpedaya akan pujukannya,
Sibuk nak jadi pelajar cemerlang,
Tetapi lupa akan tanggungjawab sembahyang.

Remaja,
Hiasi dirimu dengan akhlak mulia,
Jadikan Rasulullah sebagai idola,
Jika nak jadi insan berjaya.

Remaja,
Budaya Barat jadi ikutan,
Budaya Islam kini semakin ditinggalkan,
Konon katanya ketinggalan zaman.

Remaja,
Bangunlah dari mimpi yang panjang,

Sedarkah kita

AJK PERPPIS Bahagian Tawau

Ayuh Syabab (pemuda)

Wahai semangat syabab,
Semangatilah gelora juangmu,
Yang mengalir dari sukma,
Bergegas ke ruang cahaya,
Menuju pandangan yang kuasa,
Mencari redha yang esa.

Wahai semangat syabab,
Engkau adalah gelombang air,
Yang menghempas batuan,
Dengan percikan kesatuan,
Namun terpisah jua...
Kerana keserakahan manusia.

Wahai semangat syabab,
Engkau adalah embun,
Yang beriadah di atas dedaun,
Tapi terlerai jua....
Kerana dengki terik mentari.

Wahai semangat syabab,
Mari taburkan Iman dan Takwa,
Dalam taman pengabdian,
Dihiasi wangian,
Yang semerbak mekar haruman.

Wahai semangat syabab,
Mintalah pendebungaan kepada Sang Khaliq,
Supaya kemekaran itu...
Mekar dengan tadabur Al-Quran,
Mekar dengan cahaya Sunnah,
Mekar dengan kemanisan Zikrullah,
Mekar dengan putik Cinta,
Kepada Allah, Rasul dan Jalan-Nya.

Wahai semangat syabab,
Sahutlah kemekaran itu,
Hingga bunga-bunga Mahabbah,
Putik-putik Jihad Fisabilillah,
Tangakai-tangkai Ukhuwah,
Getah-getah darah Syuhada,
Menghiasi taman-taman Syurga.

Oleh : Iqram Al-Mujahid
Pada : 26. 10. 2009
Masa : 08.00 malam
Tempat : Kg. Muhibbah

Sahabat

Sahabat,
Inginku kongsikan kenangan kita,
Mengimbau kembali sudut fikrah bersama,
Kronologi kita bersama membina satu sinetron,
Saat kita senyum tertawa bersama,
Ukhuwah terasa erat menambat hati.

Detik masa yang semakin suntuk,
Tidak terfikir untuk aku memberitahu,
Bahawa kita pasti membawa diri masing-masing,
Melihat kita dalam satu alam dan dunia,
Yang begitu arusnya dapat menghanyutkan kita,
Walaupun sejauh mana tingginya tarbiah.

Sahabatku,
Engkau ibarat sebutir permata,
Tetapi kau berselindung dipecahan kaca,
Merah darah membasahi setiap sudut tanganku,
Dalam usaha untuk mendapatkanmu,
Inginku menjadi seperti kaca,
Dapat melindungi engkau sepenuhnya,
Walaupun ketika itu aku tidak punya makna.

Titik demi titik memori kenangan,
Mencoret sketsa dalam persahabatan,
Melihat engkau gembira,
Aku berasa senang,
Melihat engkau resah,
Aku gelisah,
Tersentuhnya hatiku melihat engkau,
Kerana bingkai ukhuwahfillah kita bersama,
bertunjangkan Iman dan Takwa,
Disusuli petunjuk serta rahmat dari Allah.

Oleh : Iqram Al-Mujahid
Pada : 23. 06. 09
Masa : 06.05 petang
Tempat : Kg. Muhibbah

Hidayah milik Allah...

.: Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.. :.


.: Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.. :.

.: Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.. :.


.: Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.. :.

Kursus Amal Islami (KAMI) Kali ke-16 yang bakal tiba

cerita dari wad 6S

In the name of Allah, the most gracious & the Most Merciful.

Hari ini, jam tangan putih saya tepat menunjukkan pukul 2.20 pm tiba di wad 6S paediatric ( kanak-kanak ).Seperti biasa, kunjungan kali ini adalah untuk sesi Clinical teaching bersama Dr. Rahim Wong ( cardiologist ).Shakir & Rahman ( group PBL members ) memilih pesakit kanak –kanak 10 tahun untuk tujuan case study mereka.
Adik lelaki ini baru berusia 10 tahun, namun Allah mengujinya dengan sejenis penyakit yang dipanggil “Rheumatic heart Disease” .


Sesi kali ini berjalan dengan lancar, kerana tidak banyak halangan yang kami terima dari adik kecil ini.Tidak seperti komen beberapa orang teman sekuliah yang katanya susah nak handle case study pesakit paediatric , sebab kanak –kanak ini banyak ragam & asyik merajuk , menangis tak tentu pasal.Kata mereka.

Alhamdulillah, terima kasih buat adik ini atas kerjasama yang baik sepanjang study kami Selama 1 jam 30 minit.Sepanjang bersama kami, adik ini pada mulanya kelihatan agak malu2 kucing, mungkin sebab WCS ( white coat syndrome ).Namun selepas itu, dia nampknya agak biasa dengan kami meskipun dia mungkin tidak mengerti apa abang2 & akak2 bakal dokter ini sedang buat ke atas tubuh kecilnya itu , check sana , check sini, dengar sana, dengar sini , ketuk , picit & angkat sana sini……macam2.

Bagi kami, cukup si adik ini sudi memberi kerjasama maka kami akan cuba untuk melakukan PE ( physical examination ) sebaik , selembut , seperlahan yang mungkin untuk menyelesakan si adik kecil ini.


Meronda2 beberapa langkah ke hadapan, melihat kiri kanan, apa yang ada di sana.Petang ini, ramai bayi 2 comel & adik2 manis yang sedang enak dibuai mimpi.Ya , tidurlah adik2ku, sekurang2nya tidurmu itu mampu mengurangkan keperitan & kesakitan yang kalian tanggung semenjak keluar dari rahim ibumu.Allah lebih menyayangi kalian, sebab itu kalian lahir lebih “istimewa’ berbanding anak2 normal lain. Allah juga ingin mengangkat darjat ibumu, sebab itu ibumu diuji dengan kelahiranmu yang tidak pernah dia sangka-sangkakan. Allah mahukan disebalik tangisan ibumu di saat memandangmu, tercatat berganda2 pahala di atas kepasrahan & kesabaran ibumu menerima takdir Tuhanmu yang Maha Pengasih.

Pesan kepada ibumu, bersabarlah ibu, aku adalah hadiah dari Tuhanku buatmu, meskipun aku tidak seperti yang lain, aku juga punya perasaan, perlu perhatian, perlindungan & kasih sayang dari insan2 yang bergelar IBU & AYAH.

Teringat cerita seorang senior.Lebih kurang 3 hari lepas, wad pediatrik menerima kedatangan seorang bayi spastic.Comel sungguh rupanya.Namun apa yang menyedihkan, di saat bayi ini lahir ke dunia dari rahim ibunya, tiada siapa siapa yang peduli akannya.Ibunya yang baru berusia belasan tahun terus meninggallkan diri dari wad selepas semalam melahirkan bayi yang ‘istimewa ‘ ini.

Kemana ibumu adikku sayang ?
Sanggupnya dia meninggalkanmu seorang2 di sini.

Alhamdulillah, mujur ada sepasang suami isteri yang sudi mengambil bayi ‘istimewa ini’ untuk dijadikan anak angkat.Semoga bertambah2 kebaikan & kebahagiaan buat kalian sekeluarga.

Kembali ke cerita si ibu kandung.

Ke mana agaknya si ibu muda ini pergi setelah melahirkan anak ini tanpa ayah di sisinya?
Sungguh sedih mengenangkan cerita ini. Sedih kerana melihat kesannya perbuatan yang tidak diredhai Allah jatuh ke atas si ibu & si anak.Ke mana kah si Ayah?.Manakah perginya tanggungjawab yang dijanji2kan dahulu kepada si ibu?Sanggupnya dia memandang sebelah mata si ibu yang sedang sarat mengandung & sakit melahirkan?bagaimana dengan si bayi istimewa itu? Bukankah dia juga mempunyai hak untuk hidup di bumi Allah ?

Siapa yang bersalah?

Siapa yang patut dipersalahkan?

Ibu........hatimu terlalu mudah mempercayai ...

Ayah..........egomu terlalu tinggi.....

Berkata si anak, siapakah ibu....ayahku....?

Begitu banyak kes buang bayi , anak lahir luar nikah & seumpamanya berlaku ke atas anak remaja sekarang.Senang2 ada anak, dibuang pula.Ibu angkat saya,bersusah payah sejak 20 tahun lamanya semata2 untuk mendapatkan seorang zuriat sendiri , namun hajatnya tidak kesampaian atas sebab kesihatan.Anak remaja kini, baru semalam melahirkan, esoknya dibuang pula si bayi yang tidak berdosa.Ini yang dikatakan orang, yang tiada dicari2, yang ada dibuang2 saja!

InsyaAllah, pada sabtu ini ,31 Oktober ini , akan berkunjung ke Pusat Pemulihan Raudatus Sakinah kelantan untuk tujuan Kerja Sosial.Saya akan berusaha untuk tidak terkejut melihat kejadian sama berlaku ke atas remaja2 perempuan di sana nanti.

Mudah-mudahan ada pengalaman yang bermanfaat yang bisa dikutip melalui kunjungan sehari nanti.Buat remaja2 di sana, bersabarlah atas apa yang brlaku ke atas dirimu dahulu.Memang sejarah hitam sukar untuk dilupakan.Siapa sangka, mimpi2 manis dahulu kini bertukar menjadi realiti yang sangat hitam & buruk .Bertaubatlah, Allah masih menyayangi kalian.Masih ada ruang kesempatan untuk berhijrah ke dunia yang lebih baik.Kuatkan dirimu, si anak perlukan perhatian & kasih tunggal seorang ibu.Anakmu adalah amanah dari Allah.Besarkan dia sebaiknya.

Percayalah, hujan akan terhenti jua & matahari kan memancarkan sinarnya kembali.Bak pepatah orang2 Jawa, habis gelap, terbitlah terang.Habis nangis, tersenyumlah.

wallahua'lam

Daripada: Mantan PERPPIS
Selasa, October 27, 2009
http://herfiana.blogspot.com/

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Contact Us

Name

Email *

Message *