PERPPIS Bahagian Tawau: March 2010
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

MULIANYA DENGAN ILMU

Sabda Rsulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat juga hendaklah dengan ilmu “
Pentingnya ilmu..bukan sekadar memberi keuntungan di dunia malahan di akhirat juga ilmu menjadi bekalan yang sangat berharga bagi seorang hamba.Lebih berharga daripada berguni-guni emas dan permata..Pastinya orang yang berilmu adalah orang yang kaya di dunia dan akhirat..maka siapakah yang ingin menolak apabila diberi gelaran sebagai Jutawan Ilmu??
Dalam sebuah kisah disebut bagaimana seorang abid mudah disesatkan oleh syaitan hanya kerana disoal tentang mampukah Allah memasukkan dunia ke dalam lubang jarum.Maka abid itu merasa ragu kerana kurang ilmu.Berbeza pula pada seorang ilmuan,apabila ditanya soalan yang sama maka dengan mudah dan yakin dia menjawab “ya..Allah Maha Berkuasa”..Melalui kisah ini,ia menunjukkan betapa pentingnya ilmu pada seorang hamba dalam mengemudi sebuah bahtera kehidupan di atas dunia.
“ ..Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat..” Surah Al-Mujadilah :11
Indahnya Islam dan bertuahnya menjadi seorang hamba yang berakal..Allah telah berjanji untuk mengangkat kedudukan orang yang memiliki imu itu lebih tinggi daripada golongan orang yang beriman..Tetapi malangnya remaja pada hari ini ramai yang mensia-siakan usia dengan perkara yang tidak berfaedah dan tiada nilai di sisi Allah Yang Maha Bijaksana.Lagi malang apabila ramai remaja yang mensia-siakan akal yang Allah kurniakan..kosong daripada ilmu dan gersang daripada amal..bukan sekadar akal yang miskin ilmu malahan rosak dek benda-banda yang haram..DIHARAMKAN oleh ALLAH seperti arak.. Bukankah golongan ini adalah golongan hamba yang tidak bersyukur? Tidak bersyukur kepada Allah kerana tidak memanfaatkan nikmat yang Allah beri dengan sebaiknya.Kufur nikmat…
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah : 243
“…sesungguhnya Allah memberikan kurniaan kepada manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.”
Adakah kita tergolong dalam ayat di atas? Menjadi manusia yang tidak mengenang budi Sang Pemberi..menjadi insan yang lupa diri bahawa nikmat yang ada mempunyai hak yang perlu ditunaikan,bukan free of charge.. begitulah juga hak akal iaitu perlu diisi dan diwarnai dengan ilmu. Bagaimana mewarnai akal dengan ilmu? Hadirilah majlis ilmu dan cintailah ilmu.. Namun jangan dilupa pada amal. Ilmu perlu pada amal untuk membentuk insan yang bergelar MUKMIN.. Pentingnya amal dalam berilmu dirakam oleh Allah dalam Surah As-Saff :2-3
“…mengapa kamu menyatakan suatu yang tidak kamu kerjakan,itu sangatlah dibenci di sisi Allah..”
Dalam kita nak menyampaikan sesuatu juga perlu pada Ilmu.. Jangan sampai kita menjadi ibarat sebuah tin kosong,kuat berbunyi tetapi isinya tiada..pastinya orang lain akan memandang serong kepada kita..Sifat Tablig itu perlu dihiasi dengan ilmu dan ditunjukkan dengan amal.
Dalam surah Al-mujadilah:11 Allah s.w.t berfirman :
“Wahai orang beriman.Apabila dikatakan padamu “berilah kelapangan di dalam majlis-majlis”maka lapangkanlah,nescaya Allah akan memberikan kelapangan untuk mu..”
Jadilah remaja yang mencintai majlis ilmu..yang suka duduk bersama para malaikat di dalam taman-taman syurga di dunia.Bukankah dikiaskan bahawa majlis ilmu itu adalah taman syurga di dunia.Subhanallah…besarnya ganjaran Allah untuk hamba yang melapangkan masanya untuk ilmu.Syurga dunia dinikmati dengan mata hati yang disuluh dengan iman dan takwa.Teringat dengan kata-kata seorang ustaz semasa beliau menyampaikan ilmu..orang yang berkelapangan dan mengetahui tentang sesuatu majlis ilmu yang diadakan namun tidak menghadirinya maka dia adalah hamba yang kufur nikmat..nauzubillah..
Bila disebut tentang ilmu,bukan sekadar ilmu akliah yang dikejar tetapi ilmu wahyu juga perlu dicari.Seiringkan zikir dan fikir barulah kita mampu menjadi MUKMIN PROFESIONAL..kuasai bidang profesional dan hiasinya dengan sifat seorang mukmin,barulah ISLAM dipandang tinggi oleh kuasa-kuasa barat..Dua perkara yang tidak akan penuh apabila diisi iaitu akal dan nafsu..Maka jangan berhenti untuk mencari ilmu..Ilmu bukan diukur pada umur atau sebanyak mana buku yang dibaca tetapi sejauh mana ilmu yang diperolehi dapan membentuk diri yang EXCELLENT.Dalam buku karangan Mustafa mahsyur yang bertajuk Jalan Dakwah menyebut 10 sifat peribadi muslim iaitu :
1) Akidah yang sejahtera
2) Ibadah yang sahih
3) Akhlak yang teguh
4) BerILMU pengetahuan
5) Jasad yang kuat
6) Mujahadah nafsu
7) Bermanfaat pada orang lain
8) Menjaga waktunya
9) Sistematik urusannya
10) Mampu berdikari

Seorang muslim itu perlu pada ilmu untuk membentuk sifat-sifat di atas.Muslim juga perlu berilmu.Ibarat kata seorang pendakwah “orang yang baik tetapi tidak cerdik mudah ditipu dan orang yang cerdik tetapi tidak baik suka menipu” Dua-dua keadaan ini merugikan..ditipu dan menipu.Oleh itu penting untuk kita menguasai ilmu wahyu (zikir) dan ilmu akal (fikir) untuk kita menjadi insan cerdik yang baik..Dua bentuk ilmu ini perlu dikuasai untuk kita menjalankan peranan kita sebagai hamba dan khalifah..Pengabdian pada Allah juga perlu pada ILMU..
Allah berfirman dalam Surah Ali-Imran:191 yang bermaksud :
“mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri,duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi.”
Dalam sebuah hadis disebut bahawa setiap manusia adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya..Untuk memimpin juga perlu dengan ilmu dan pengetahuan.Ingin menjadi pemimpin perlu mempunyai ilmu lebih daripada yang dipimpin..Leader is leaner..When you stop learning ,you will stop leading.Jangan sampai yang memimpin terpimpin oleh yang dipimpin kerana takut yang dipimpin memimpin pemimpin kearah kepentingan diri..Tetapi pemimpin sekarang kurang dari sudut kepimpinan kerana ilmu yang dituntut bukan atas dasar ‘’KERANA ALLAH” tetapi “KERANA SAYA KAYA DAN BERGAYA”..Ilmu dunia tidak dipimpin oleh ilmu wahyu..maka jadilah kita HAMBA BERJIWA KHALIFAH..
Hakikatnya segala sesuatu yang dilakukan di atas muka bumi ini perlu dengan ilmu.Penguasaan ilmu samaada ilmu farhu ain(zikir) dan ilmu fardhu kifayah(fikir) amat perlu dalam membangunkan diri,keluarga,Negara dan paling penting adalah AGAMA.Tanggungjawab sebagai MUSLIM bukan sekadar pada ibadat semata-mata tetapi kepada dunia yang diamanahkan untuk ditadbir dan dibangunkan…SEMUANYA DENGAN ILMU…Muliakan diri dengan ilmu..
“Janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya,sesungguhnya penglihatan,pendengaran dan hati akan diminta untuk dipertanggungjawabkan” Surah Al-Isra: 36


Written by hijrah humairah_su
Tarikh : 23 Mac 2010


Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Mencari Redha Allah SWT

Cerita ni daripada kawan kepada kawan kepada kawan...hehehe...semoga menjadi ikhtibar buatku dan kawan-kawan semua...:)

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka. Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emosi. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar. Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti). Tapi saya tak kesah. Asalkan ada yang terhibur. Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'. Di dorm sms awek sampai pagi. Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit.

Saya mula berfikir. "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu. saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya. Mula-mula awak jual mahal.

Tapi saya tak kisah. Nak beli gak. Akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA. Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang kata, 'ALL OUT'lah haha. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya Gayut' malam-malam. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu. Tidak terasa pun kehilangannya. Mase bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk memujuk-mujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini, terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam. Asalkan awak memahami saya.

Satu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah. Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat salah dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi baik. Sebab memang itu fitrah manusia, menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah. Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran. Saya beli dua, satu untuk saya dan satu untuk awak. Saya tak nak jadi baik seorang diri. Jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh (calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah. Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat maksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik.

Tak guna ayat jiwang-jiwang, janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je. Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihat awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu. Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa hubungan kita semakin diredhai. Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan. Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf, surah ke 7, ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat mereka berkata:

"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah.Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman. Ape lagi, tegur je la depan-depan. Lepas tu, satu masa saya terbaca pasal couple.

COUPLE TU HARAM

Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi, macam betul pulak. Tapi biasala, kalau kita suka satu benda tu kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita. Kita tak buat maksiat. Kita tak keluar jalan-jalan pegang tangan, tak jiwang-jiwang. Cuma saling ambil berat. Tanya khabar. Borak-borak. Siap bagi tazkirah lagi.

Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah. Masa terus berlalu. Masa ni dah nak dekat Trial SPM, lagi tiga minggu sebelum trial. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan buat study group. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima, ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah. Ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je. Tapi tak kisah. Saya ada tempat mengadu. Suatu masa ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri saya terjumpa ayat ini.

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir. Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, cepat marah, suka buang masa, ada gak dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?

Lepas tu terjumpa pula ayat ini.

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu cakap je berapi gaya alim, tapi couple gak. Sama juga kau dengan kami, tegur orang konon." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali, saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu saya masih sms lagi dengan awak dalam bas."

Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu. Dalam fikiran saya ni kira dakwah juga. Saling ingat-mengingati. Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat, takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam. Pihak penganjur pun faham. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. Kalaulah betul couple tu salah, habis tu nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah, buat apa fikir macam tu. Tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit lah.

"Em, boleh.duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er macam ni. Sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat gak la. Bukan rapat biasa, tapi rapatlah."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate. Mesti dia marah. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya.

"Sebenarnya. couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni. Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

*Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?" Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau anta janji tak nak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus salihin bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam.kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jawab:

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cube anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditakdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir.

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap "Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.

"Akhi, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du, surah ke-13, ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni. Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.

Alamak..tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"
Semuanya dah jelas rasanya. Nampaknya saya kena tiggalkanlah benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas. Buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat. Jadi rasanya, inilah masanya."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.

"Assalamualaikum. Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum."

Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika saya tekan juga button [send]. Lepas tu tertera di skrin.

[SENDING.]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya. Saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.

"Terima kasih bang."

"Takpa, dah tanggungjawab."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka, memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah.

surah Al-Baqarah,ayat 216.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba.

Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yg setuju. Tapi tak kisahlah semua tu. Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat.

"Seindah gubahan pertama.Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.

"Kena tegaskan rasanya".

Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi. Seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya. Assalamualaikum.

Saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan. Lagi satu, jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal. Tapi carilah cinta Allah, tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi. Cinta yang diredahai. -Yang Terakhir-"

[SEND]

[SENDING]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya takkan berpatah balik. Takkan. Buat selama-lamanya.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

TARBIYAH HATI….


Surah Al- Baqarah : 286
“….Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”

Surah Al-An’am : 160
“…mereka tidak sedikit pun dirugikan (dizalimi)..”

Saat hati diuji dengan ujian hati dan perasaan,terasa hati seorang hamba ini merasa sangat lemah..awan kesedihan mula berarak dalam jiwa dan pastinya air mata tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh menyembah bumi..Terasa ingin meronta dan bebas terbang daripada perasaan yang bergelora,ingin lepas daripada rasa kecewa…Maka berdoalah andai ujian ini adalah tarbiyah untuk mendekatkan diri dan jiwa seorang hamba pada Tuhannya,jadikanlah setiap hamba yang diuji redha melaluinya..Janganlah bersedih…hingga hanyut dalam ombak kesedihan yang tak selayaknya menumpahkan air mata yang berharga..air matamu untuk ILAHI…
Duhai hati yang bersedih,
Duhai hati yang merajuk,
Kita hanya HAMBA,
Tidak layak meminta dan memiliki…
Sedarilah duhai hati,
Belenggu ini menyakitkan aku..
Lepaskanlah aku duhai hati,
Aku merayu…
Merayu agar engkau lebih tegar..
Yakinlah duhai hati,
Ujian ini satu tarbiyah,
Tanda kasih Rabbul Izzati

Pastinya ada dosa yang telah lama dilakukan hingga Allah menguji sedemikian rupa.Pastinya ALLAH tidak akan menzalimi hambaNya tetapi kita lah yang sering membawa diri ke dalam lembah kezaliman..Ia disebut dalam surah Yunus : 44
“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri”
Teringat pada satu hadis Qudsi:
“Aku mengikut persangkaan hambaKu.Jika dia bersangka baik maka akan Aku berikan kebaikan dan jika dia berburuk sangka pada Ku maka keburukanlah yang akan menimpanya.”
Bersangka baiklah pada Allah.Ujian itu sebagai tarbiyah untuk kita menjadi hamba yang lebih tegar menghadapi mehnah seterusnya bahkan lebih besar dan berat.Yakin pada diri dan letakkan kepercayaan pada ALLAH..dan ingatlah pada ayat dalam surah Al-Baqarah:216
“..tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu..Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..”
Adakah pengetahuan kita lebih daripada ALLAH? Bukan kah kita hambaNya yang bersifat lemah?
HAMBA adalah makhluk yang sentiasa bersedia untuk menerima dan pastinya tidak layak memiliki..HAMBA rela disakiti kerana dia tiada kuasa untuk menyakiti..Maka selayaknya kita menerima segala peraturan dan ketetapan yang ALLAH berikan.Dan pastinya ujian juga suatu pemberian dan pemberian selayaknya disyukuri.Maka bersyukurlah atas ujian yang diberi kerana ia juga adalah nikmat..Nikmat yang diperolehi dengan pandangan mata hati yang penuh dengan iman melalui hikmah . Bukankah hikmah harta orang mukmin yang bijak? Oleh itu,syukurilah dan cari hikmah disebalik ujian yang dilalui..
“..dan terhadap nikmat Tuhanmu hendaklah kamu nyatakan(bersyukur)”
Surah Ad-Duha:11
Bagaiman bersyukur dalam kesakitan,kesengsaraan dan kesedihan serta kekurangan??
Berusahalah mengukir senyuman di bibir,maniskan wajah untuk tunjukkan kita redha menerima ujian itu.Panjatkan rasa syukur dengan lafaz hamdallahdan berdoa pada Allah moga diperlihatkan kebaikan disebalik kesabaran..Jangan lupa pada sifat SABAR,kerana sabar itu buah iman dan banyak ganjaran nya di sisi Allah.Bertawakal pada Allah dan berdoa diringankan menghadapi ujian.
Jangan sesekali menyesali sesuatu pemberian kerana segala ketentuan dari ALLAH adalah yang terbaik.. Baiknya suatu ujian itu bergantung pada sifat sabar..sama ada cepat atau lambat,tawakal pada Allah itu perlu KUAT. Sia-sia kah bertawakal?
“Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah,dan dia berbuat baik ,dia mendapat pahala di sisi Allah dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”

Surah Al-Baqarah:112
Nah! Inilah ubat dan penawarnya ..serahkan diri sepenuhnya pada ALLAH kerana pastinya kita tidak terlepas daripad ujian Nya..Siapakah yang lebih baik pembelaan dan janjinya melainkan ALLAH?? Tuhan Yang Maha Memperkenankankan pinta..Dalam surah Al-Baqarah ayat 155 Allah berfirman
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar”
Indahnya kalam Allah yang memujuk..
Terasa damai di hati tatkala pemberi ujian memujuk dengan lembut hamba2 yang diuji..bukan meninggalkan atau melupakan hambaNya yang memerlukan.. Apalagi yang diharapkan oleh sang hati?? Masih sombong kah untuk menerima pujukan Ilahi?
Jangan dilupa pada ujian yang berlaku pada para anbiya’..Rasululullah s.a.w kekasih Allah turut tidak terlepas dari ujian,malahan lebih berat dan perit..andai seorang kekasih pun di uji,inikan pula kita hamba yang masih belum tahu apa status kita di sisi Sang pemberi ujian..
Maka bersabarlah atas ujian yang tak seberapa ini…..
Duhai hati..
Bersabarlah..bersabarlah..
Duhai hati..
Tenanglah..tenanglah..
Aku ingin rasa tenang di uji
Aku ingin rasa senang dengan tarbiyah ini
Duhai hati..
Redhalah disakiti
Senyumlah menghadap ilahi
Pastinya beribu kebaikan menanti
Pastinya di syurga Fidausi..kekal abadi…..

Writen by Hijrah humairah_su
27 Mac 2010

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Renungan buat kita

Muhasabah hamba

Ya Allah
semakin dekat denganNya
semakin aku diuji dengan pelbagai mehnah
itulah rencah kehidupan yang harus aku hadapi
Yang adakalanya membuat ku alpa dan leka
Lemah dan hanyut dibuai keasyikan duniawi
yang membuatku lupa dengan akhirat sana
Tiada slogan yang mampu aku gunakan melainkan
MUJAHADAH ITU PAHIT TETAPI SYURGA ITU MANIS

YA ALLAH,
Hamba ini malu denganMU
Malu dengan dosa yang pernah hamba lakukan
Hamba malu dengan hamba-Mu
Dengan salah yang pernah ana taburkan
Layakkah hamba menjadi insan yang solehah
Yang hanya mengharapkan redha ilahi
Dalam menghuni jannah Rabbi

Airmata mengalir tidak dapat membasuh dosa lalu
Taubat nasuha sebagai layar munajat memohon ampun kepadaMu ya Rabbi
Walaupun sukar untukku melamar redhaMu
Cukuplah sekadar ku mendapatkan keampunanmu
Walaupun belum tentu ku perolehi walau apapun yang aku lakukan

Ya Allah..
Tidakku ingin mengulangi kesilapan yang sama
Tidakku ingin goyah dengan cinta manusia dan dunia
Cukuplah dengan apa yang pernah aku lakukan
Cukuplah dengan dosa yang membebankan
Satu ketika terlalai dengan nikmat dunia yang mengasyikkan
Membuatku jatuh tersungkur longlai tidak berdaya
Masih ka ada lagi magfirahmu untukku?
Masihkah ada An-Nasr dari Mu

Ujian yang mendatang,menarah semangat yang terbina
Membuatku goyah dengan segala yang ana benihkan
Bantulah hambaMu ini dalam menghadapi susur gelur kehidupan
Yang berliku dan penuh onak dan cabaran yang menghalang
Yang menghilangkan nilai seorang hmba andai tersadung

Alangkah hibanya
Hamba selalu mengejar duniawi
Namun,
Nikmat akhirat terlalu ketinggalan jauh
Walau ku berlari berjuta langkah,
Tidak mungkin ku gapai gemerlapan bintang
Dan tidak mungin ku dapat mengejar nikmatnya Cinta Akhirat
Yang membawa ku ke Arah sabilMu

Hamba ini insan yang lemah
Penuh khilaf dan salah
Dosa terkandung bukan kepalang,
Namun, tidak ku memuhasabah diri
Tidakku mengabdikan diri’
Tidakku menghitung iman dihati

Suatu malam aku terfikir
Mengapalah aku sibuk mengejar nikmat dunia
Hatta nikmat syurga juga yang utama
Mengpa aku sibuk ingin mencari cinta manusia
Hatta cinta Ilahi itulah yang abadi

Melihat perjuangan saudaraku yang sibuk mengejar cintaMu
Memperjuangkan agamaMu
Hingga menggadaikan nyawa yang satu dan seribu
Menempah syahid dimedan yang suci
Aku tersentak dengan seruan kalimah Lailahaillallah
Yang harus aku perjuangkan dan tegakkan..
Sebagai khalifah pembela agama
Walaupun syadid itu perlu untuk syahid

Cinta manusia membuat kita leka dan terpesona
Lupa dengan pencipta
Terlena dengan belaian nafsu syaitan semata
Yang hakikatnya bersifat sementara
Alangkah hinanya aku di matamu ya Rabbi
Ku canang jalan menuju murkaMu sendiri
Siapa aku dimataMu

Mampukah aku mengembalikan sinar iman yang aku miliki dahulu?
Suci daripada segala debu dosa dan juga hanya kalimah lailahaillallah yang menjadi penguat jiwa
Ingin aku corakkan akhlakku dengan sinar iman
Ingin aku teguhkan imanku drngan sinar takwa
Inginku sirami tawadhukku dengan nilai islam
Agar aku sentiasa di bawah payung redha Rabbi..

Oleh : nafarun_ila mardhatillah

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Moga menjadi satu muhasabah pada kita...

Kerana 10 sen

_______________________________________________________________
________________________________________________________________
_________________________________________________________________
__________________________________________________________________

"Orang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lainnya dan orang mukmin adalah saudara mukmin lainnya. Mencegah dari hal-hal yang merosakkan serta memelihara dari segala sesuatu pada saat orangnya tiada" (Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah R.A.)


Oleh: Iqram Al-Mujahid
Tempat: Pejabat PASTI
Tarikh: 21. Mac. 2010
Masa: 19:26

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Venomous Snakes

Venomous Snakes are snakes that have poisons in them. These poisons are injected into their prey.The venom can either kill or paralyzed their victims.It can also be used as self-defence for the snake.Here are few examples of the most poisonous snakes in the world.

Inland Taipan
Also known as the 'fierce snake',the Inland Taipan is the most toxic and poisonous land snake in the whole world.Its lethal dose is estimated to be fifty times more than the rattlesnake!
King Cobra
The world's longest venomous snake.Its length can reach an incredible 5.6 m long! Other than that,the King Cobra also contains enough venom to kill 20-40 grow men!


Black Mamba


One of the most dangerous and feared snakes in the world,mainly Africa.It is also the second largest snake in the world,after the King Cobra. Plus,acording to some legends,this snake is known to chase its prey for miles!

RattlesnakeOne of the most 'famous' snakes in the world,especially in movies and TV,the rattlesnake gets its name from the rattle at the end of its tail.The rattle is a type of warning device that the snake uses whenever it feels threatened. So if you happen to hear a rattle sound,beware!

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

SalafiDB4

Salafi DB 4.0
SalafiDB4
Aplikasi ini bebas digunakan dan disebarluaskan kaum muslimin. Aplikasi ini berisi: 
  1. Al-Qur’an dan terjemahan dalam bahasa Indonesia
  2. Tafsir Ibnu Katsir (dalam bahasa Inggris)
  3. Shahih Bukhari dalam bahasa Indonesia
  4. Shahih Muslim dalam bahasa Indonesia
  5. Bulughul Maram Imam Ibnu Hajar Al-Ashqalani dalam bahasa Indonesia
  6. Riyadhus Shalihin Imam Nawawi dalam bahasa Indonesia
  7. Hadits Arba’in Imam Nawawi dalam bahasa Indonesia
  8. Kumpulan fatwa ulama Arab Saudi Lajnah Da’imah (dari http://fatwa-ulama.com) berbahasa Indonesia
  9. Kumpulan (mirror) dari situs http://almanhaj.or.id berbahasa Indonesia
  10. Kumpulan e-book berisi penjelasan-penjelasan yang sangat penting untuk umat Islam termasuk menjelaskan pokok-pokok penyimpangan ajaran Islam (ini sangat penting) dalam bahasa Indonesia.
SalafiDB insya Allah akan membantu anda dalam memahami Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Download

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

AJARAN SESAT???


saya rasa tertarik dengan email seorang sahabat mengenai masalah ini..
harap di baca dan berkongsi pandangan.. wallahualam..

Mohon meluangkan sedikit masa untuk membaca kisah ini.


Dari kisah benar seorang sahabat:


" Saya salah seorang pelajar IPTS dan belajar dalam bidang software engineering. Tahun ini adalah tahun akhir saya, tetapi disebabkan masalah keluarga dan dalaman saya terpaksa tangguh.


Sebenarnya, keluarga saya belajar ajaran sesat, iaitu ilmu kebatinan kerohanian sejak 2005.


Saya telah bertemu dgn seorg sahabat pd thn 2007. Pada mulanya, pertemuan kami hanya membantu sesama sendiri dalam bidang IT, tetapi disalah erti oleh ibu bapa saya yang senantiasa curiga.


Saya akui keluarga saya berpangkat dan pernah tinggal di luar negara. Sepanjang hidup saya, boleh dikira hanya 14 thn saja saya menetap di Malaysia.


Atas nasihat, teguran dan perbincangan dari sahabat saya, saya mengambil keputusan untuk ke Masjid Negara, Jakim & Jais bagi minta penjelasan mereka mengenai ajaran ini. Ustaz2 semuanya memberitahu bahawa ia tidak digalakkan baca dan bacaannya bercampur aduk dan amat mencurigakan.


Saya pernah ikut ajaran ini atas desakkan ibu bapa saya sebelum bertemu dgn sahabat saya. Antara pengalaman yang saya alami adalah:


a. perahan limau didalam mata saya

b. gerakkan graviti yang menarik kedua-dua tgn saya

c. sebilah pisau yang dituju ke arah say dihalang oleh suatu

d. pisau yang sama juga dicucuk ke lengan saya tetapi tidak berdarah

e. melihat pagar rumah dengan bahan-bahan seperti garam, limau purut, sebilah keris kecil, sehelai kain hijau disulam dengan benang emas yang betuliskan ayat al - quran, paku, kain putih.

- kain putih (potong sederhana) diisi limau purut yang dicucuk oleh paku, & garam. {dibuat untuk 4 penjuru}

- keris digantung dlm bilik saya atas pintu

- selebih garam ditabur dengan gerakan pantas, secara rawak mengelilingi rumah.

- kain hijau dipaku ke dinding bilik ibu bapa saya

f. saya nampak sebilah keris besar disimpan dalam bilik ibu bapa saya.

g. Setiap malam, antara jam 3 ke atas, saya dengar bunyi-bunyian di ruang
tamu saya seperti ada yang sedang meletak cawan atas meja, tarik kerusi. apabila saya tgk suasana dibwh dr tangga, hanya gelap gelita saja.


h. Ada kalanya, ketika saya sibuk didepan komputer, saya terasa seperti ada yang melihat perbuatan saya.

i. minum air kelapa yang diletakkan garam + sekuntum bunga


Terlalu banyak kejadian/perubahan watak yang berlaku sepanjang saya berada dirumah. Saya ingin keluar dari rumah itu tapi asyik dihalang saja. Ibu saya sentiasa bertikam lidah dengan saya seolah saya yang ada buat salah. Padahal, saya tidak menahu apa pun.


Adik laki saya sudah tidak hormati kedua kakaknya dan berlagak seperti org dewasa dan berkuasa dirumah. Dengan tidak hirau peperiksaan PMR akan datang. Langsung tidak pegang buku. Apabila ditegur untuk kebaikan, ibu marah saya pula.


Saya heran dan keliru. Saya telah buat laporan polis dan juga laporan Jais. Tapi sampai sekarang langsung tidak ada tindakan. Menurut polis, laporan saya sudah sampai ke IPK, tetapi Jais masih senyap. Saya heran, adakah pihak Jais makan gaji saje?


Saya buat keputusan keluar dari rumah dengan membuat laporan menyatakan saya keluar. Ini atas keselamatan saya. sebab ugutan ibu saya terhadap sahabat saya tidak patut muncul dari mulut seorg ibu.


Sebulan saya tidak pulang ke rumah & tidak beritahu mereka. Tetapi yang saya sedih lagi, ibu bapa saya menyalahkan sahabat saya 100%. Tanpa dia, saya tidak akan terselamat pasti saya turut hanyut dan melara menjadi puasan nafsu kepada guru yang membawa ajaran ini.


Ia sebagai anak, mmg saya derhaka kerana tidak dgr kata mereka jikalau mereka tidak belajar ajaran yang boleh menduakan Allah. Tetapi tugas sebagai seorg Islam, saya terpaksa berbuat demikian untuk membetulkan akidah mereka dari terus hanyut. Jika saya tidak keluar dari rumah pasti bertambah lagi dosa saya.


Saya terpaksa tangguh pengajian saya demi menyelamatkan diri saya dan kelurga. Tetapi, saya ada berbincang dengan mereka namun tidak berhasil. Sehingga kini tidak telefon atau tanya khabar saya. Malah, saya mohon hulur duit demi pengajian saya pun turut dipersoalkan. Anak sendiri minta duit langsung diketipikan tetapi kepada guru berpuluh ribu boleh diberi tanpa dipersoalkan.


Saya sedih dengan cara ibu bapa saya. Sejak sekolah saya lagi jarang diberi duit poket . Kini sudah 6 thn saya guna duit saya sendiri tanpa bantuan dr ibu bapa. Loan untuk IPTS saya tidak mencukupi sebab bidang saya banyak mengunakan duit dan masa di depan komputer.


Saya heran, perbuatan mereka terhadap saya seolah saya ini anak pungut dan saya ini mcm anak yatim piatu. Pelik saya dibuatnya.


Saya makan & minum atas simpati org terhadap saya. Komputer pun saya pinjam dari kawan atau ke perpustaan yang terdekat. Semuanya melibatkan kos. Saya harus guna duit untuk perkara penting saja. Ibu bapa saya tidak ingin tahu keadaan saya, belajar saya, malah membanggakan anak org lain yang amik kos lagi mudah dari saya iaitu mass communication.


Apa kurangnya saya, saya dapat juga anugerah dekan, wakil universiti dlm bola tampar –tempat kedua, matematik saya juga A1. Apa kurangnya saya? Itu pun langsung mereka tidak amik tahu. Saya bawa diri dan memulakan hidup baru saya.


Demi mengumpul duit untuk pengajian saya makan minum saya dan juga untuk berubat secara tradisional islam, saya berusaha untuk mengeluarkan e-book sendiri tahap universiti ada juga resepi2 masakan melayu/antarabangsa .


Antaranya e-book universiti :Calculus, Pengajian Malaysia, Discrete Math dan banyak lagi.


Jika sahabat memerlukan e-book lain boleh lah beritahu saya dan saya akan berusaha dan membuatnya. e-book yang saya buat adalah dari hasil usaha saya sendiri dan tidak dapat di download dimana2.. Harga adalah antara RM50 – RM150.


Saya juga boleh mengajar Math bagi sesiapa yang ingin pertolongan saya.


Saya memohon jasa baik semua sahabat tolong forwardkan lah email ini kepada kawan2 anda dan jikalau boleh kpd sesiapa yg boleh hulurkan bantuan nasihat dlm bidang agama dihrpkn sgt krn sy kekurangan di dlm ilmu agama. Pertolongan anda semua amatlah dihargai oleh saya.

( daripada Beeha, Bingkisan Muslimah.blogspot.com)

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Tujuan Berfikir

Wahai diri,Sesungguhnya pemikiran itu ada lima sasaran :

1. Berfikir tentang bukti-bukti kebesaran Allah, hal ini dapat menimbulkan Tauhid dan Yaqin.
2. Berfikir tentang anugerah-anugerah Allah, hal ini dalam menumbuhkan Mahabbah dan Syukur.
3. Berfikir tentang janji-janji Allah, ia menumbuhkan kecintaan Hari Akhirat.
4. Berfikir tentang ancaman Allah, ia menimbulkan rasa gentar bermaksiat.
5. Berfikir tentang kekurangan diri sendiri dalam mengabdi, sedangkan terlalu banyak Allah telah memberi kebaikan kepadanya. Ini akan membuahkan rasa malu terhadap Allah.

Semoga engkau dapat memperbanyakkan fikiran seperti ini. Dan semoga masa yang masih tersisa tidaklah dibazirkan dengan memikir perkara yang tidak menguntungkan.
Rujukan : Drs. H. Aliy As'ad. Nasha'ihul 'Ibad, Menara Kudus.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Perpustakaan Negara Malaysia


Tahukah rakan-rakan,bangunan Perpustakaan Negara mencerminkan identiti Malaysia? Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu yang melambangkan budaya Melayu.Terdapat 3 buah bumbung berbentuk tengkolok yang digabungkan bagi melambangkan perpaduan masyarakat & 3 matlamat utama Perpustakaan Negara. Bahagian bumbung ini disusun dengan ubin bercorak songket berwarna biru yang diilhamkan daripada seni warisan Malaysia.


Perpustakaan Negara Malaysia mampu menampung:


  • 1 juta bahan bacaan.

  • 1000 tempat duduk pembaca.

  • Auditorium untuk 367 orang.

  • Teater kanak-kanak memuatkan seramai 150 orang.

  • Dewan Pameran seluas 421 meter persegi.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Taubat Orang yang Derhaka

Seorang lelaki datang menemui Ibrahim Bin Adham lalu bertanya, “ Wahai Abu Ishaq ( panggilan akrab Ibraim Bin Adham ),aku telah banyak melakukan perbuatan tdak baik,maka tunjukkanlah kepadaku apa yang membuatku serik dan menyelamatkan jiwaku.”

Ibrahim Bin Adham menjawab, “ Jika engkau mahu menerima lima perkara dan engkau mampu melakkannya,maka itu tidak merugikanmu dan tidak pula menghilangkan kenikmatan hidupmu.” Ibrahim Bin Adham meneruskan nasihatnya,

“Pertama,jika engkau hendak melakukan perbuatan derhaka kepada Allah Azzawajalla,maka janganlah engkau makan dari rezeki-nya!”.
Lelaki tu bertanya, “Jadi apa yang harus aku makan sementara semua yang ada di bumi ini dari rezeki Allah?”.Ibrahim Bin Adham menjawab, “Itulah..kerana itu tanyakan pada dirimu apakah layak apabila engkau makan dari rezeki-Nya,lalu engkau derhaka terhadap-Nya?”.

“Kedua,jika engkau hendak melakukan perbuatan derhaka kepada Allah Azzawajalla,maka janganlah engkau tinggal di bumi-Nya.”
Lelaki itu menjawab “ Ini lebih berat daripada yan pertama.Jika barat dan timur dan antara keduanya adalah milik-Nya,di mana aku harus tinggal?”. Ibrahim Bin Adham menjawab, “Itulah..kerana itu tanyakan pada dirimu apakah layak apabila engkau makan dari rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,lalu engkau derhaka terhadap-Nya?”.

“Ketiga, jika engkau hendak melakukan perbuatan derhaka kepada Allah Azzawajalla,sementara engkau makan dari rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,maka lihatlah apakah ada suatu tempat yang tidak terlihat oleh sesiapa pun agar engkau dapat melakukan maksiat terhadap-Nya.”
Lelaki itu menjawab, “Wahai Ibrahim,bagaimana mungkin,kerana Allah pasti melihat segala sesuatu yang tersembunyi mahupun yang nampak.” Ibrahim Bin Adham menjawab, “Jika demikian,apakah layak apabila engkau makan dari rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,lalu menentang-Nya sementara Dia dapat melihatmu dalam keadaan apa pun!”.

“Keempat, jika engkau hendak melakukan perbuatan derhaka kepada Allah Azzawajalla,maka ingatlah apakah engkau mampu menolak kedatangan malaikat pencabut nyawa,lalu meminta agar diberi tangguh sehingga engkau dapat berbuat amal soleh dan bertaubat? Jika tidak dapat,bagaimana cara engkau meminta keselamatan?”

“Kelima, jika engkau hendak melakukan perbuatan derhaka kepada Allah Azzawajalla,maka ingatlah,apakah engkau dapat menolak ketika malaikat penjaga neraka menjemput untuk membawamu ke sana? Jika tidak,bagaimana caranya untuk mengharap keselamatan?”

Mendengar nasihat yang disampaikan Ibrahim Bin Adham,lelaki itu sedar lalu memohon ampun kepada Allah S.W.T dan bertekad untuk bertaubat.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Teknik Menghafal Quran


A. Teknik "chunking"


  • Membahagikan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai megikut arahan guru.

  • Membahagikan selembar muka surat kepada beberapa bahagian iaitu 2 atau 3.

  • Membahagikan surah & juz kepada beberapa bahagian megikut surah,hizib,rubu',cerita & sebagainya.

B. Teknik mengulang


  • Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya 5 kali sebelum mula menghafalnya.

  • Membaca ayat yang telah dihafal berulang kali,minimum sebanyak 10 kali sebelum berpindah ke ayat seterusnya.

C.Teknik Tumpu & Ingat


  • Menumpukan penglihatan kepada ayat,muka surat dan lembaran.

  • Pejamkan mata & cuba melihatnya dengan minda.Sekiranya masih lagi kabur,buka mata & tumpukan kembali pada mashaf.

  • Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau muka surat tersebut dengan mata tertutup.

D.Teknik Menghafal dengan Seorang Rakan


  • Pilih seorang rakan yang sama minat,bergilir-gilir mendengar bacaan dan tegur jika terdapat kesalahan.


E.Teknik Mendengar Kaset


  • Rakam bacaan qari' yang baik bagi seluruh Al-Quran atau surah-surah tertentu & sebelum mula menghafal,dengar bacaan tersebut beberapa kali.

  • Amati cara,lagu & tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di fikiran.

  • Sentiasa endengar kaset bacaan Al-Quran & kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggn penghafalan.

F.Teknik Merakamkan Suara.


  • Rakamkan bacaan kita di dalam kaset & dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.

G.Teknik Menulis


  • Tulis semula ayat yang telah dihafal dan semak semula dengan mashaf.

H.Teknik "Pointers" & "Keyword"


  • Buat beberapa buah kotak & setiap kotak merupakan satu muka surat.

  • Catat dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi muka surat tersebut.

  • Kemudian renung dan bayangkan otak tersebut dalam ingatan.

I.Teknik Menghafal Sebelum Tidur


  • Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.

  • Semasa melelapkan mata,dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan di minda kita.

J.Teknik Mindmaping


  • Lakar 1 peta minda berbentuk alam sekitar agar mudah diingat dan di fahami.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

KENAL DIRI DARI TARIKH LAHIR ( DR.FADZILAH KAMSAH )

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..


1. Pemimpin

2. Lembut

3. Kemas (Cerewet)

4. Rajin

5. Boleh berbincang

6. Angin

7. Patuh

8. Bisnes

9. Glamour



Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur dengan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..2 : Lembut8: Bisnes1: Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti muncul dalam diri anda.Terpulang kepada anda untuk merealisasikannya ataupun tidak.Selamat mencuba

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Hubungan antara Manusia & Tumbuhan



  • Jangan suka mendedah tubuhJadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

  • Setia terhadap pasangan Jadilah seperti pohon pisang.Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

  • Kecantikan dalaman.Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

  • Jaga kesucian dalam bergaul Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

  • Selalu bertindak adil.Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

  • Semakin tua semakin bijaksana Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

  • Jangan bermuka-muka Jadilah seperti buah manggis.Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

21 Bencana Lidah





  1. Menggunakan lidah untuk menghina Allah, para malaikatNya, para nabiNya, kitab-kitabNya dan segala yang berkaitan dengan agamaNya.


  2. Terlalu banyak bertanya sehingga melibatkan soalan-soalan yang boleh menjejaskan aqidahnya, seperti soalan : “ Sekiranya Allah menjadikan kita, siapa pula yang menjadikan Allah ?.”


  3. Sibuk memperkatakan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan diri kita.


  4. Terlalu banyak bercakap sehingga memperkatakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Ia juga merupakan tanda lemahnya iman seseorang.


  5. Suka memperkatakan tentang keburukan, keaiban dan kelemahan orang lain atau dalam kata lain suka mengumpat.


  6. Suka memperkatakan perkara yang bathil termasuk suka menambah percakapan orang lain yang akhirnya mendatangkan dosa dan maksiat.


  7. Suka menimbulkan suasana perbalahan sehingga sanggup menegakkan benang yang basah.


  8. Suka menimbulkan pergaduhan akibat daripada perbalahan mulut yang berkesudahan dengan permusuhan.


  9. Suka bercakap dengan nada sombong dan takabbur.


  10. Suka bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.


  11. Suka melaknat orang lain atau organisasi lain termasuk melaknat binatang.


  12. Terlalu banyak menyanyi dan berhibur, sehingga melupakan tugas dan ibadah yang lebih utama termasuk lupa untuk berzikir kepada Allah.


  13. Terlalu banyak bergurau senda sehingga menyebabkan orang ketawa terbahak-bahak, kecuali gurauan yang benar seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.


  14. Suka menghina orang lain atau organisasi lain dengan menganggap dirinya atau organisasinya lebih baik dan lebih sempurna.


  15. Suka mengingatkan orang lain tentang perkara yang mendatangkan keaiban kepada dirinya di hadapan orang lain, seperti menceritakan kembali perlakuan buruk yang pernah mereka lakukan dengan tujuan untuk memalukannya.


  16. Suka membuka rahsia orang lain atau organisasi lain yang menyebabkan mereka menjadi malu, sedih, terancam nyawanya dan lain-lain lagi.


  17. Suka bercakap bohong kecuali dalam dua keadaan iaitu dengan tujuan mendamaikan dua orang yang sedang bergaduh, menyelamatkan nyawa seseorang yang sedang terancam dan mendamaikan antara dua atau lebih isteri bagi mereka yang berkahwin lebih dari seorang.


  18. Suka berjanji tetapi tidak ditepati atau ditunaikan atau dikenal sebagai janji dusta.


  19. Suka melakukan fitnah terhadap diri atau organisasi lain, sehingga menimbulkan suasana huru hara dan kacau bilau.


  20. Lidah bercabang yang merupakan salahsatu daripada ciri-ciri orang munafik.


  21. Terlalu banyak memuji seseorang atau organisasi sehingga melebihi realiti yang sebenar dengan tujuan-tujuan tertentu.


Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

2 PROGRAM SERENTAK DIJALANKAN!






Sambutan Maulidur Rasul dan Program Titian Kasih Dan Wacana Ilmu (Program Bulanan) kali kedua telah dijalankan secara serentak pada 27 Februari 2010 bertempat di Masjid Nurul Huda, Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau. Sambutan Maulidur Rasul yang telah dijalankan oleh pihak masjid telah dihadiri oleh masyarakat kampung setempat yang terdiri daripada warga tua dan muda khususnya remaja. Antara aktiviti yang berlangsung termasuklah bacaan berzanji dan selawat yang diadakan selepas solat Maghrib. Selepas Solat Isyak pula diadakan Ceramah Maulidur Rasul. Semua yang hadir menjamu selera selepas upacara perasmian majlis sambutan tersebut oleh pengerusi masjid sendiri. Aktiviti yang seterusnya ialah Kuliah Al lail yang merupakan salah satu aktiviti program bulanan. Kuliah tersebut bermula seawal pukul 10.00 malam. Pada pukul 3.30 pagi pula, para peserta program bulanan dibangunkan untuk melakukan qiamullail. Aktiviti tersebut sangat baik untuk melatih para peserta untuk memperbanyak bangun malam bagi mendekatkan diri kepeda Allah. Aktiviti diteruskan selepas solat Subuh iaitu kuliah Subuh yang disampaikan oleh penasihat PERPPIS sendiri. Kuliah yang disampaikan memfokuskan amalan-amalan untuk melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah. Peserta telah menjalani sesi "Lambaian Ukhuwah" sebelum pulang dari program tersebut. Menurut komen peserta, salah satu kebaikan program tersebut ialah pengisian ilmu yang telah 'membuka mata' para peserta tentang gejala sosial yang makin teruk adalah disebabkan tipisnya rasa kecintaan kepada Rasulullah dan Allah S.W.T. Bukan itu sahaja, peserta telah diberi pendedahan tentang amalan-amalan bidaah yang berlaku dalam masyarakat kini semasa menyambut Maulidur Rasul melalui Ceramah Maulidur Rasul. Diharap segala kekurangan program dapat diperbaiki untuk kebaikan program pada masa akan datang.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on


sejauh mana jari kita mencari PAHALA???? berbanding mendapat dosa???? Percayakah anda bahawa jari mampu membawa ke syurga mahupun neraka. Terpulang pada diri seseorang itu kerana ia menentu jalan hidupnya selepas kematian. Teknologi yang canggih telah menghubungkan manusia di mana ia berada tanpa perlu berjumpa. Hebat betul... Tapi pernakah kita terfikir bahawa kehebatan ini bahaya juga???? tak percayakah ianya bahaya???? saya ada bukti bahawa apa yang saya nyatakan itu semuanya benar.... lihat kepada sahabat kita... ya di sebelah kita. tanya mereka, sejauh mana ia gunakan teknologi ini untuk menegakkan syiar islam??? jangan lupa tanya diri kita juga...apa jawapan nya itu bukti saya.. kajian telah saya buat bahawa hampir 89% remaja di Malaysia ini ada "face book".... untuk apa tu??? untuk islam kah??? fikir-fikirkan lah.... sekadar tazkirah
by:TSU 09/10@syabab kuhara

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

" SIRAH SAHABAT -" SA'ID BIN 'AMIR AL JUMAHY"

DIA telah membeli akhirat dengan dunia, dan mengutamakan keridhaan Allah dan Rasul atas segala-galanya.” (Mu’arrikhin).

SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin ‘Ady, yaitu seorang sahabat Nabi yang mereka jatuhi hukuman tanpa alasan.

Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id maju menerobos orang banyak yang berdesak-desakan. Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar dengan tempat duduk orang-orang penting, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain.

Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu. Sementara para wanita, anak anak dan pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad saw., serta melampiaskan sakit hati atas ke kalahan mereka dalam perang Badar.

Ketika tawanan yang mereka giring sampai ke tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata dengan mantap, “Jika kalian bolehkan, saya ingin shalat dua raka’at sebelum saya kalian bunuh....”

Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah). Dia shalat dua raka’at. Alangkah bagus dan sempurna shalatnya itu. Sesudah shalat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah! Seandainya kalian tidak akan menuduhku melama-lamakan shalat untuk mengulur ngulur waktu karena takut mati, niscaya saya akan shalat lebih banyak lagi.” Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy naik darah, bagaikan hendak mencencang-cencang tubuh Khubaib hidup hidup.

Kata mereka, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”

“Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri....,” jawab Khubaib mantap.

“Bunuh dia...! Bunuh dia...!” teriak orang banyak.

Sa’id melihat Khubaib telah dipakukan ke tiang salib. Dia mengarahkan pandangannya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancur kanlah mereka semua. Jangan disisakan seorang jua pun!”

Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhi di tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka karena tebasan pedang dan tikaman tombak yang tak terbilang jumlahnya.

Kaum kafir Quraisy kembali ke Makkah biasa-biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan peristiwa maut yang merenggut nyawa Khubaib dengan sadis. Tetapi Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy yang baru meningkat usia remaja tidak dapat melupakan Khubaib walau agak sedetikpun. Sehingga dia bermimpi melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib shalat dua raka’at dengan khusyu’ dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar olehnya rintihan suara Khubaib mendo ‘akan kaum kafir Quraisy. Karena itu Sa’id ketakutan kalau-kalau Allah swt. segera mengabulkan do’a Khubaib, sehingga petir dan halilintar menyambar kaum Quraisy.

Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan pada Sa’id beberapa hal yang belum pernah diketahuinya selama ini.

Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan ‘akidah itu sampai mati.

Kedua, iman yang telah terhunjam dalam di hati seorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa.

Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, yaitu seorang Nabi yang dikukuhkan dari langit.

Sejak itu Allah swt. membukakan hati Sa’id bin ‘Amir untuk menganut agama Islam. Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala. Karena itu dia tidak mau terlibat dalam kebodohan itu. Lalu dibuangnya berhala-hala yang dipujanya selamaini. Kemudian diumumkannya bahwa mulai sa ‘at itu dia masuk Islam.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri