PERPPIS Bahagian Tawau: September 2011
Contact Us:

If You Have Any Problem, Wanna Help, Wanna Write Guest Post, Find Any Error Or Want To Give Us Feedback, Just Feel Free To Contact Us. We Will Reply You Soon.

Name: *


Email: *

Message: *


PERPPIS Tawau

Sebahagian AJK Muslimin sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas Sebahagian AJK Muslimat sesi 12/13 dan sesi 13/14 ketika Muktamar Tahun Lepas PERPPIS!!! Gambar FB PERPPIS TAWAU

Seminar Motivasi SPM & STPM

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Akhlaq yang Mulia

Akhlak dan Iman


Hadith Rasulullah saw:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR. At-Tirmidzi no. 1082. Dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ no. 1232)

Akhlak dan redha ALLAH

Hadith oleh Abu Darda r.a :“Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin melainkan akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah swt membenci kekejian dan keburukan..” (HR. At-Tirmidzi no. 2002 dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahihul Jami’ no. 5632).

“Sesungguhnya Allah Maha Pemurah menyukai kedermawanan dan akhlak yang mulia serta membenci akhlak yang rendah/hina.HR. Al-Hakim (I/48)

Akhlak dan kecintaan Rasulullah saw

“Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling dekat majlisnya denganku pada hari Kiamat adalah yang paling baik akhlaknya…”HR. At-Tirmidzi (no. 2018)

Anugerah ALLAH buat hamba yang baik akhlaknya

Allah menganugerahkan tiga istana dalam tiga tingkat yang berbeda dalam syurga buat hambaNya yang berakhlak baik.
Abu Umamah Al-Bahili Radhiyallahu’anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda :“Aku pemimpin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan adu debat meskipun ia benar.Aku pemimpin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun sendau gurau. Dan aku pemimpin pada sebuah rumah di ketinggian syurga bagi orang yang baik akhlaknya.” (HR. Abu Dawud no.4800 dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahihul Jami’ no. 1464)).

“Tidak ada satu perkara yang diletakkan di atas mizan yang lebih berat daripada akhlak yang baik. Sesungguhnya pemilik akhlak yang baik benar-benar akan mencapai darjat orang yang berpuasa lagi mendirikan solat.”(HR. At-Tirmidzi no. 2003 dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahihul Jami’ no. 5726).

Begitu pula para Sahabat ra, mereka adalah orang-orang yang paling baik akhlaknya setelah Rasulullah saw:
Dan di antara akhlak Salafush Salih ra:

-Ikhlas dalam ilmu dan amal serta takut dari riya’.
-Jujur dalam segala hal dan menjauhkan dari sifat dusta.
-Bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah dan tidak khianat.
-Menjunjung tinggi hak-hak ALLAH dan Rasululullah saw
-Berusaha meninggalkan segala bentuk kemunafikan.
-Lembut hatinya, banyak mengingat mati dan akhirat serta takut terhadap akhir kehidupan yang buruk(su’ul khatimah).
-Banyak berzikir kepada ALLAH dan tidak berbicara yang sia-sia.
-Tawaddhu’ (rendah hati) dan tidak sombong.
-Banyak bertaubat, beristighfar (mohon ampun) kepada Allah, baik siang mahupun malam.
-Bersungguh-sungguh dalam bertaqwa dan tidak mengaku-ngaku sebagai orang yang bertaqwa, serta sentiasa takut kepada Allah.
-Sibuk dengan aib diri sendiri dan tidak sibuk dengan aib orang lain serta selalu menutupi aib orang lain.
-Sentiasa menjaga lisan mereka, tidak suka ghibah (tidak mengumpat sesama Muslim).
-Pemalu.
-Banyak memaafkan dan sabar kepada orang yang menyakitinya.
-Banyak bersedekah, dermawan, menolong orang-orang yang susah, tidak kedekut.
-Mendamaikan orang yang bersengketa.
-Tidak hasad (dengki, iri), tidak berburuk sangka sesama Mukmin.
-Berani dalam mengatakan kebenaran dan menyukainya.

http://2.bp.blogspot.com/_lj1Tq3QNUco/TP-T7RTz6yI/AAAAAAAAAR8/MnnFeV61oe4/s320/imagesdd.jpg
"... Ya Allah, tunjukkanlah hamba pada akhlak yang paling baik, kerana sesungguhnya tidak ada yang boleh menunjukkan kepadanya selainMU, dan jauhkanlah hamba dari keburukan akhlak kerana sesungguhnya tidak ada yang boleh menjauhkannya melainkanMU..”


Kumpulan 3

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Ikhlas kah kita

Bismillah wal hamdulillah..

Pengajaran bersama.. Bicara tentang ikhlas,sama2 kita pupuk dalam diri insyaALLAH..

Selain taqwa, jaminan ALLAH yang jelas disebut dalam Al Quran adalah untuk orang2 yang ikhlas.. Kenapa begitu penting jaminan ALLAH?...Kerana hanya dengan berada dalam jaminan ALLAH kita akan selamat dunia akhirat. ‘Apa jua ujian yang datang, jika kita ikhlas pada ALLAH insyaALLAH ALLAH bersama kita..’ (Kata2 Tuan Guru Ust Haron Din)…Tazkiyah khusus untuk diri ana yang punya banyak kelemahan dan khilaf.

Dalam satu catatan ada dinyatakan bahawa ikhlas itu adalah rahsia ALLAH dan hambanya..Hanya ALLAH dan hambanya sahaja yang tahu.Tidak diketahui oleh malaikat, sehingga ia tiada kuasa untuk menulisnya, dan tidak mampu dihampiri oleh syaitan untuk merosakkan..

InsyaALLAH..ramai diantara kita yang telah mengetahui makna,hakikat dan kepentingan ikhlas dalam niat dan perlakuaan. Besarnya darjat orang yang ikhlas begitu banyak disebut dalam Al Quran dan hadith dan hanya amalan yang ikhlas sahaja yang akan sampai pada ALLAH..Tingginya darjat ikhlas dirakamkan dalam satu surah dalam AL Quran.-Surah Al Ikhlas.(Satu2nya surah yang tiada huruf ba’ dalam al quran). Hadith Rasulullah saw juga menyebut, sesiapa yang membaca surah al ikhlas 1 kali, umpama telah membaca 1/3 Al Quran dan sesiapa yang membaca 3 kali surah Al Ikhlas, umapama telah mengkhatamkan keseluruhan Al Quran.

Ikhlas juga amat sukar untuk dirasa,juga dicapai.Pilihan dan anugerah ALLAH pada hamba yang betul2 ingin hampir padaNya. Para auliya’, wali ALLAH menyatakan bahawa tangga ikhlas itu adalah melalui jalan mujahadah, memerlukan latihan dan ilmu,tidak mampu dicapai dengan hanya pengharapan dan kata2..(juga peringatan buat diri ini)

Insya ALLAH sama2 kita tadabbur makna dan hakikat ikhlas dalam Al Quran

ALLAH berfirman untuk para hambanya..

“Katakanlah : “Dialah ALLAH, Yang Maha Esa.ALLAH adalah Ilah yang bergantung kepadaNya segala urusan. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan.Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia”

[Al-Ikhlas :1- 4]

Katakanlah: "..Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam,.(Al An’am;162)

Keutamaan beramal dengan Ikhlas di sisi ALLAH

ALLAH SWT berfirman:

..Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah ALLAH dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.

(Al Baiyinah;5)

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah ALLAH dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan ALLAH-lah agama yang bersih (dari syirik)..(Az Zumar 2-3)

Ikhlas juga sebagai benteng dan pelindung kita dari tipudaya syaitan

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan. ALLAH berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat).. Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.ALLAH berfirman: "Maka yang benar (adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Ku-katakan".

(Sad; 79-84)

Taubat oarng munafiq juga hanya akan diterima dengan keikhlasan..

Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) ALLAH dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana ALLAH. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak ALLAH akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar..(An Nisa’ 145-146)

Mengharapkan perjumaan dengan ALLAH juga dengan bekalan amalan yang ikhlas

…Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya".(al Kahfi; 110)

Amalan tanpa ikhlas ibarat debu di sisi ALLAH, Wa’iyazubillah..moga ALLAH membantu kita dalam menyemprnakan ketaatan padaNya dengan ikhlas..

… Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.(Al Furqaan;23)

…Demikianlah (perintah ALLAH). Dan barang siapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi ALLAH maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.dengan ikhlas kepada ALLAH, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan ALLAH, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.Demikianlah (perintah ALLAH). Dan barang siapa mengagungkan syiar-syiar ALLAH, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.( Al Hajj;30-32)

..banyak lagi firman ALLAH buat kita semua tentang ikhlas di dalam Al Quran. Sama2 kita tadabburnya insayALLAH.. Setiap amalan itu bergantung pada niat..(Hadith Rasululah)..moga sahabAt2 yang membaca tulisan ini juga diberkati ALLAH..

..memetik kata2 seorang ulamak untuk muhasabah bersama;
‘..semua manusia itu celaka kecuali orang yang berilmu..dan semua orang yang berilmu itu celaka kecuali orang yang beramal. Dan semua yang beramal itu celaka kecuali dengan ikhlas..”

Akhir,sama2 kita berdoa..
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kunia)."..(Al Imran; 8)

Kumpulan 3


Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Penggunaan Ringtone Al-Quran?

Penggunaan Ayat-ayat Al-Quran sebagai RINGTONE seperti menjadi trend masyarakat kita.

Apakah Hukumnya?


Soalan ini telah pun saya ajukan kepada Penasihat Am PERPPIS Bahagian Tawau,dan saya berasa cukup puas dengan jawapan yang Beliau berikan tentang masalah ini.

Rasanya,saya takut untuk mengulas jawapan yang telah diberikan kerana takut saya tersalah menghurai jawapan Beliau yang cukup jelas itu.

Oleh itu,saya mencari jawapan di Youtube.Alhamdulilah,saya menjumpainya.

Mari KITA dengar apa jawapan idola saya dan jutaan orang.

Dr.MAZA




Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada KITA semua.

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Pecinta Ilahi




Sahabatku..
ayuh kita bergandingan
berpaut lengan
langkah tegap beriringan
turun berjuang
dimedan pertempuran
rapatkan saf tanpa ada ruang
biar kukuh barisan pejuang..

Ayuh sahabatku!!
kitalah sayap kiri
bergerak bukan dengan sendiri
kitalah jemaah mujahid
rela berjuang tak gentar mati
biar menang menjulang panji
atau syahid tika disemadi

Ayuh, Mujahid
kukuhkan lagi benteng pertahanan
biar gerun dimata lawan
jangan sesaat alpa kelalaian
jerat sentiasa memberi umpan
mencari peluang rebahkan lawan
biar kalah kerana berjuang
jangan kalah kerana pengkhianatan..

Sahabat ku..
untuk menang bukan dengan kebetulan
tapi ada strategi dan perancangan
untuk menang bukan kerana seorang
kerana adanya jemaah dan kumpulan
untuk menang bukan sesuatu yang senang
terlalu banyak ujian dan rintangan..
untuk menang tak perlu sekadar laung laungan
tapi memerlukan tenaga dan pengorbanan..

Semoga kuat sahabatku
untuk sama sama berjuang!!
Takbir!! JOM KITA JIHAD.... SAMPAIKAN SERUAN ILLAHI...

PRESIDEN PERPPIS TAWAU

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

SIAPA WANITA CANTIK


Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjayamemanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA


KUMPULAN 3

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Download Al-Quran Flash



Assalamualaikum W.B.T

"Semua berada di hujung jari".Itu adalah anda ayat yang acap kali kita ucapkan.KITA membesar bersama kecanggihan dan kemudahan yang banyak.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian tentang Al-Quran Flash yang semakin banyak digunakan oleh orang ramai.



Penggunaannya sangat mudah, semudah membaca Al Quran dalam bentuk fiziknya. Apabila kita ingin membuka halaman sebelum atau berikutnya hanya perlu drag hujung halamannya sehingga kita boleh melihat halamannya dengan sangat mudah. Aplikasi Al Quran digital ini bersifat portable, full flash, tanpa install dan Quran flash ini memiliki kapasiti yang kecil.


Untuk mendownload aplikasi ini,sila tekan DISINI.


Selamat Mencuba!!


oleh:Rahman Imuda

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

you jangan malukan i boleh tak


astaghfirullahalazim…...mengucap panjang je i bila jumpa yang pakai macam nie...
sedih tau tak? sedih ni, kenapa perempuan Melayu yang mengaku Islam, buat mcam ni?



ok, firstly, i mintak maaf la....

mintak maaf apasal?

yelah mintak maaf sebab nak menyibuk hal you..
busy body about urself yang i tak kenal pun..
but then, u nie, nmpak mcm makin teruk dan melampau,
so then i nk mntak tolong, u tolong jgn malukan i boleh tak??


you means?

mksud i...
boleh tak u tolong la jangan pakai baju ketat2?
yelah, memang you pakai tudung, but then, kalau nampak semua lekuk dan keluk kat badan tu,
apa fungsinya tudung you?
tudung is not just a piece of cloth yang you letak atas kepala tau!


boleh tak?

but why??
badan i kan...
suka hati i la....
bukan i kacau orang pun...

heh? tak kacau orang?
menganggu dan menyemak pandangan tu dengan pakaian yang menjolok mata,tak kacau orang ke?

buat lelaki tertoleh-toleh, terbeliak mata tu tak kacau orang ke?

buat lelaki tergugat iman, tertambah dosa, tu tak kacau orang ke?

buat perempuan lain tergugat keselamatan tu tak kacau orang ke?

buat perempuan lain dipandang seperti simbol seks, barang murah yang boleh ditenung, direnung tu tak kacau orang ke?

buat perempuan lain pulak yang jadi mangsa pelampias nafsu seks lelaki yang tak kesampaian dek kerana tengok body you tu, tu tak kacau orang ke?

buat orang lain pun sama tanggung dosa sebab tak tegur you, hello, tu tak kacau orang ke?!!?

serius, i tanya ni, semua benda tu tak kacau orang ke?


suka hati u?
oh, yelah, sekarang, you cakap suka hati you lah...nanti kat sana you jugak yang nak tahan i kan nak tanya, kenapa i tak nasihatkan you kat dunia...


badan you? sape yang bagi badan tu kat you?
you buat sendiri ke? ke you beli kat mana2 ke?
u sendiri tau kan aset u tu, kurniaan Allah, Allah bagi pinjam je pon..
pinjam je kan...you sedar diri tak, yang you pinjam je?
dah pinjam free free, lepas tu, salah gunakan pulak.....
nanti kat SANA esok Allah claim balik tau!
Allah tanya apa yang you buat dengan aset you tu...
tak takut eh?


but then, bila masa pulak yang i ni malukan you?!?!
you nie mengelabah betul la!!!
we dont even know each other ok!!!

astaghfirullahalazim…...sabar2.....
ok..ok...
yes, we dont even know each other, but then we are muslim rite?
islam itu bersaudara...

you buat i malu tau..
malu dengan semua lelaki lelaki yang menuding jari,
menyalahkan kaum perempuan yang tak tahu menjaga diri ni...
macam mana i nak membela kaum hawa, kalau kaum hawa sendiri tak mahu jaga diri?
sekarang semua lelaki salahkan perempuan, perempuan tak malu lah, perempuan pakai baju ketat, perempuan pinjam baju adik, perempuan tayang badan free-freee....

you buat i malu dengan kawan-kawan non-muslim i yang tanya,
kenapa you pakai macam ni, diaorang siap tanya,
you ni tak takut dosa ke...
ishk. i diam, terkelu tanpa kata...
tak kan you nak i jawab, dia tu tak takut Allah...


you buat i malu dengan adik-adik, kanak-kanak, yang menutup aurat...
bila budak-budak tu tanya,
kakak, kenapa kakak tu pakai baju kecik?

i tengok you, i malu...
malu sebab you perempuan macam i...
i tengok you, i sedih...
sedih sebab you gadaikankan perhiasan yang patutnya tersimpan rapi, dirahsiakan...

boleh tak you tolong i?
tolong la...
tolong jaga diri baik-baik...
yang paling rugi, bukan bila tak ada orang sayang you...
tapi bila you tak sayang diri sendiri...
yang paling malang, bukan bila tak ada orang tak pandang you bila you menutup aurat..
tapi bila Allah tak pandang you, bila you berpakaian tapi telanjang...


you pakai baju ketat yang kecik, tu bukan tutup aurat, tu namanya balut aurat..
you pakai seluar yang muat-muat, ketat, nampak underwear, pakai legginglah...
apa semua tu you?
macam balut buah nangka je, ketat, cukup-cukup, muat-muat...
kenapa you buat kat diri sendiri macam tu?
tak sayang ke kat diri sendiri?
hargai lah diri kita sebagai muslimat

Kumpulan 3

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

hawa,,jangan berkecil hati

hawa......
jangan berkecil hati saat ada laki-laki yang berani mempersoalkan tingkahmu menjaga diri.
andai perilakumu yang menjaga diri ditafsir menyombong, menjual mahal.
maka biarlah. dan diamkanlah..
jangan kau terasa hati,
lantas memurahkan diri..
jangan hawa.
jangan begitu mudah berpaling.
jangan begitu mudah berubah arah.

laki-laki.
maaflah bila kami bukan jenis yang happy go lucky.
maaflah bila kami bukan jenis yang bubbly.
maaf juga bila kami jenis yang pendiam.
membosankan bila diajak bicara.
tidak up to date dipandangan mata.
tidak mempersona.
dengan cara dan gaya.

maaf.
bila itu menjengkelkan kamu.
bila itu bukan pilihan kami.
bila kami memilih untuk menjauh.
bila kami memilih untuk menjarak.
bukan kerana kami menyombong.
tapi kerana kami takut.
menjadi fitnah buat kamu,
tanpa kami sedari..
tapi kerana kami bimbang.
menjadi pelemah iman laki-laki ajnabi tanpa kami sedar diri.
laki-laki,
andai kamu tahu betapa bukan mudah bagi kami ;
membentengi diri,
membina tembok melindungi hati..
jangan tersalah tafsir tingkah kami.
sungguh menjadi fitnah buat laki-laki adalah ketakutan dan kebimbangan yang selalu mengekori kami…

kumpulan 3

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

REDHA KERANA ALLAH

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

  • Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
  • Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :


" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia
bersabar
bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )


Belajarlah untuk ikhlas.


Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )

Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.


KUMPULAN:3

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

BUNGA YANG CANTIK JARANG YANG HARUM


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!


Kumpulan 3

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Carilah Ilmu


بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Mu'adz bin Jabal ra berkata:


Belajarlah ilmu kerana,

belajar itu hasanat (kebaikan),
dan mencari ilmu itu ibadat,

dan mengingatinya sama dengan tasbih,

dan menyelidikinya sama denga jihad,


dan mengajar kpd yg tak mengetahui itu sedekah,
dan memberi kpd yg berhak (ahli) itu taqqarub
dekatkan diri kpd Allah),

sebab ilmu itu jalan untuk mencapai tingkat2 ke syurga,
dan ia menjinakkan (mnghibur) sewaktu bersendirian, dan kawan dalam pengasingan,
dan keindahan ditengah tengah kawan,
dan kawan dan kesepian, dan penunjuk jalan kesenangan,
dan penolong menghadapi kesukaran,
dan senjata untuk menhadapi musuh......
Julianti Muhd Siri : Tuntutlah ilmu sampai ke negeri china :)

Dicatat Oleh: PERPPIS Bahagian Tawau on

Jom Dengar Al-Quran

Listen to Quran

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah :D

Loading...

Contact Us

Name

Email *

Message *

 

Recent Comment

AmazingCounters.com
Copyright © . SkillBlogger. All Rights Reserved.
Original Template by :-Way2themes. Edited by:-Khairi Yusri